..all about her preps to become a bride…

Idea untuk hantaran July 5, 2010

Filed under: hantaran,ideas — nurathiah84 @ 7:38 AM
Tengah dok mencari warna tema yang sesuai, termelencong pulak terjumpa hantaran nan indah ini:

Cantek aja bila hantaran diletakkan dalam transparent acrylic box tuh ya.
Nampak exclusive.
Saya suka idea ini!
Saya rasa, kita boleh tempah casing ni dekat kedai frame.
Tapi, tak pasti dengan harganya.
Have to scout around survey harga nampaknya.
HoHoHo
Gambar secara dekat:

Canteknya!!!
Nak macam ni.
Hahaha.
Berangan itu indah.
=))
 

Hantaran: Sugar cookies June 7, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 5:43 PM
I’m so excited to blog about my cookies that I ordered from CupcakesChek. Dah selamat tiba pagi tadi. Hehe. The owner was so kind to give extra 2 pieces of cookies untuk rasa-rasa. Hehe.
Sampai aja rumah, terus terkam nak gigit cookies. Hihi. Bukan sahaja comelll, tapi sedap!! Nom, nom, nom, tak cukup satu. Mahu lagi dan lagi dan lagi. Timbul rasa menyesal order sikit aja. Sigh. Sampai adik-beradik geram nak gigit sama, I cuma kasi satu sorang sahaja. Haha. Kesian mereka, dapat kakak kedek macam I. Huhu.
Then, terus excited nak ‘gubah’ jadikan hantaran. Bersemangat sungguh ok! Dan, hasilnya.. Huhu. Simple sahaja. Malu nak preview lebih-lebih. =))

Dan, sekarang you all dah ada idea la kan, rupa hantaran saya. Hehe. The theme colour is pink+silver+white. Simple-simple sahaja semuanya. =))
Owh, hampir terlupa. To those yang query about cookies size, ini comparison yang I boleh buat. Besar. Lebih besar dari syiling RM0.20. Haha. Takde syiling RM0.50. Maaf ya! Sangat-sangat puas hati dengan size-nya, rasa-nya, service dari Kak Ayu dari mula berbalas email hinggalah dah selamat deliver. Memang tip-top! HIGHLY RECOMMENDED!

Besar, memang puas hatilah dengan harganya! =)
=)
 

Cookies.Cookies. May 24, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 1:59 PM
Remember this post? Ya, it’s about fancy cookies. Nak tengok tak hasil air tangan Kak Ayu for my cookies? Tihihi. tak sabar nak share with you all, sebab sangat teruja tengok cookies comel-lote dari Kak Ayu’s kitchen. Tihihi. Dalam hati, “Oh my, i must post this, i must make a special entry for Kak Ayu“. Hehee. She such a nice person. Kak Ayu buat homework googling the design that will match your theme. How lucky, I am. Sebab I seorang yang pemalas nak provide her with the design. Ketuk I, ketuk I. Jangan tiru I yer, sila buat homework ya ladies! =)
Definitely, recommended! Very, very recommended!
Tak renyah la nak deal dengan Kak Ayu
Cookies that make me uuuu,, aaaaa,, wow!, wallla!! :

Cookies 1

Cookies 2

Cookies 3

Cookies 4
Alolooo.. comellnyer.. Pricing? Email her for more details ya! Tihihi.
cupcakeschek@gmail.com
Kak Ayu introduce a lolly cookies la.. Cute! Better than lollipop for the kids, kan? Sebab lollipop nanti buat gigi rosak. Hohoho. The exact size, i’m sorry, i don’t know. Contact Kak Ayu for more details ya!

Comellnyerrr!
Suitable for candy buffet juge. Hehe. I might consider lolly cookies on my wedding! =)
All pictures were taken from: CupcakesChek
 

Memburu hantaran lagi May 14, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 3:20 PM
Hari ni pergi hunting hantaran item lagi. Penat. Huhu. Bersama mama tercinta, pusing shah alam aja. Misi adalah untuk mencari cincin, sampin dan dulang hantaran. Apa yang dapat sesi pusing shah alam? Hehe.
Cincin, checked!

Hehe. Macam klaka kan cincin untuk lelaki letak dalam ni. Haruslah, pergi cari bekas cincin lain pula nanti. Huhu. Di shah alam, memang punya kedai favorite parents, so pergi situ ajela survey. Last month dah ajak bf pilih design mana yang berkenan di hati, banyak pilihan kat sini, dan cantik-cantik juga..
Memula, i macam terkejut jugak, bila my mom cakap, tunang kasi cincin. i macam, eyh, ye ke.. kenapa kawan lain tak de kasi pon. uhuhu. tapi, ikut kan ajela.. maybe dah adat belah kelantan/terengganu kasi cincin untuk lelaki. Ye, I orang pantai timur. Hee. Ikut kan ajala. Bila pergi with my mom, sesi tawar menawar memang hebat. Die tawar bisa dapat kurang gila-gila punya. Hee. Ditambah pula dengan ‘kecek klate’, terus dapat harga adik-beradik. Ahaha.
Apa isi dalam? We wait until the day ok. Saya ke Habib, ke Wah Chan, ke Tomei, dan macam lagi, kedai emas klate jugak design-nye yang menarik di hati. Hehe. So, yeah, i love cincin itu. =) Kita tunggu photog capture the ring ya! Huhu
Sampin, checked!

Next, sesi mencari sampin pula. Memang mencari sampin tenun terengganu bunga penuh. Taknak songket pakistan or songket india. Nak terengganu punya jugak! Huhu. Satu hal pula la kan nak balik terengganu semata nak cari sampin sehelai. Hihi. Jadi, jenuh la pusing shah alam. Dari PKNS ke SACC. Ada yang berkenan, tapi harga pulak humaihaih. Tak mampu guwe. Sampai 8-9 ratus sehelai. Even 2ribu pon ada di PKNS sana. Cantek sangat. Sangat-sangat cantek. I sukeeeee. Yerla, 2 ribu. Uhuk. Tapi, macam membazir pula sebab hanya nak pakai pada hari Nikah. Hee. Chey, sebenarnya ai tak mampu nak beli sampin beribu. hee. Bila ada yang berkenan, warna di cari pula takde. Remember, i beli kain nikah di Jakel warna silver macam tuh.. so, i have to find matching sampin. Last resort, kalau tak ada, memang kena redha mintak tolong auntie belikan di Terengganu/Kelate sana.
Akhirnya, pasrah. Meneruskan misi ke kedai sutera batik sebab my mom nak beli baju pulak. Yer, my mom nak cari baju baru katanya untuk dipakai pada hari tunang ai nanti. huhu. since i tau kedai batik di seksyen 9 selalu ada sale, i terus shoot pergi sana. nasib ada yang berkenan. hehe. my mom tak nak kalah, nak berlabuci jugak. haish, harap ai lebih glamer dari my mom. uhuhu. sambil my mom pusing-pusing tengok baju, tengok kain batik sutera, i jalan-jalan sampai hujung kedai. tanpa malu, i masuh ruang rehat pekerja ke hapa. haha. sebab i nampak banyaknyer songket terengganu!! i terus belek-belek buat seperti kedai ai yang punya. haha.
dan berjumpa yang berkenan. dan terus amek, letak kat cashier. tunjuk kat my mom, dan tunjuk muka suruh die nego. haha. once again, sebab ‘kecek klate’ punya pasal.. haa kau, harga dah pass pun (harga mati), i bisa dapat murah lagi. i rasa sangat berbaloi-baloi sebab jauh lebih murah dari PKNS dan SACC. harga display sama aja dengan semua tempat. cuma kat sini, i bisa dapat harga runtuh la orang kata. kat sacc pon, die cuma kurangkan rm30 aje. hampeh. di pkns, dapatlah kurang sampai rm50, tapi colour pulak tak ada yang berkenan.
so, orang shah alam, boleh la datang jengok kedai batik hungga ni. lokasi, seksyen 9, sebelah restoren cili merah. tatau jugak, memang tak tau nak kata la. hehe.
 

Fancy cookies

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 2:02 PM
I heart cookies bouquet. Perfect for hantaran. Kan? Because I dah fall in love, terus dalam hantaran list from me-to-him, i include decorated cookies. Hehe. Then, i email for quotation. Unfortunately, the price quote dah out of my budget. If u have certain budget, go for this! Comelll! hehe. Can place your order from here: Cookiss

Source: Cookiss
Then, sesi jalan-jalan tanya quotation sebab still i nak fancy cookies ni to be included as one of the hantaran. So, I plan to order loose cookies and pack something like this:

Source: Cookiss
Dan dah berjumpa dengan yang berkenan di hati. Cookies with fondant normally harga varies from RM2.50 to RM3.50 per pc. But, with Kak Ayu from CupcakesChek, i rasa murah jugak la. RM1.50 per pc untuk fondant deco. Kalau cookies biasa, cuma RM0.90. Perfect for doorgift untuk budak-budak kan. So, i da order decorated cookies dengan Kak Ayu. Design boleh pilih sendiri. Woo-hoo. No delivery charges. Woo-hoo! Saya tiada design, cuma beri theme colour sahaja. Malas dah nak cari design yang in untuk fancy cookies. Heh.
Jadi, satu lagi hantaran dah settle. Woo-hoo!
 

Sesi jalan-jalan May 13, 2010

Filed under: deco,engagement,hantaran,ideas — nurathiah84 @ 3:53 PM
Lepas pulang dari fitting baju, terus menuju ke MidValley. Mencari-cari apa yang boleh dijadikan hantaran nanti. Kan hantaran i tak lengkap sepenuhnya lagi. Hehe. Jadi, jalan-jalan, jumpa ini:

Source: Mahnaz Food

Dates with mix nuts. Ada almond, ada walnut ada kacang apa tah lagi. Dah siap-siap pack in a clear container, tinggal letak ribbon aje. Price: RM24.00 per pack. I mintak kurang, tak dapat. Kedek betul. Ahaha. Bile selidik-selidik, tengok dari MahnazFood. Dekat aje kilang die. Di Shah Alam. Biasa juga tengok signboard MahnazFood ni di Shah Alam. Nanti nak pergi jengok lah kilang dia. Haa, engkau, nak beli 2 pack pon nak cari kat kilang. Haha. Mesti nanti, nafsu memuncak nak beli kacang lain pula. Pistachio owh pistachio. Jadi, i rasa nanti i nak pergi tengok Kilang Mahnaz Food ni. Kalau tak, kena beli di MidValley juga lah. Hehe.
Lepas habis ronda MV, i jalan pergi Jalan Tar pulak. Saja nak jejak Semua House. Huhu. Tak da apa pun beli di Semua House. Tengok dulang hantaran. Tapi tak jumpa yang memikat di hati. Rasa memang kena pergi tengok di Nilai juga. Lebih banyak pilihan. Jadi, ke Kedai Bunga Reben. Beli ribbon dan satin roses. Untuk apa? Haa, untuk doorgift nanti. Huhu. Price:
Organza Ribbon: RM1.50 per roll after discount
Satin roses: RM8 (100pcs) after discount

At first, nak beli ribbon di SSF. Yer, ribbon di SSF sangat murah compare to kedai Bunga Reben. Tapi, pilihan tak banyak di SSF. Mungkin kehabisan stok. Yela, ramai nak kawen bulan June agaknya. Teori sendiri. Tapi, ada jugak ribbon yang murah di Bunga Reben, jadi, pandai-pandai lah pilih antara kedai Bunga Reben atau di SSF. Tapi, pada pemerhatian saya, di SSF lagi murah ribbonya. Mesti pening ni… Haha.
Dan, seterusnya, jumpa ini juga:

Kipas bulu-bulu. Cantek woo. Seriously. Ada warna putih. Tapi, tak de yang display untuk di snap pic. Price: RM13.50 per pc. Murah woo! Hati-hati pilih. Bukak dulu plastiknya, sebab ada yang dah kuning-kuning. Tak tahu mengapa. Tumpahan apa pon tak pasti. Jadi, tilik dulu, dah puas hati, baru beli. Hehe.
Dan juga ini:

Jahit kat kain alas dulang, lari dari kebiasaan, alas dulang bermanik. Price: RM1.80 per pc.

 

Perihal kain nikah May 8, 2010

Filed under: engagement,hantaran,nikah — nurathiah84 @ 4:00 PM
Lama betul I tak update. tapi, i masih curi-curi masa lawat blog kamu-kamu sekalian, ya. Cuma ada yang sempat tinggalkan jejak, tau la Cik Belle menyinggah, yang tiada tinggalkan jejak, mungkin time tu i dikejar waktu. Hehe. Eyh, jangan pula berimaginasi rupa Cik Belle dikejar waktu. Hee. Eyh, melalut. Biasa dia!

Sebenarnya nak kongsi cerita sewaktu di Jakel. Ke Jakel KL 3 hari lepas. Kebetulan nak ke Gombak. Terus singgah Jakel KL alang-alang my other half berkursus di Ilsas. Hantaran masih tak complete lagi. Jadi, harusla mencari kain untuk nikah nanti. Jimat kos, katanya. Heh. Dalam kepala, dok fikir nak beli chiffon beaded or lace, nak lace or chiffon beaded. Colour dah pasti dah dalam hati, nak off-white.

Sampai-sampai di Jakel KL, eyh, eyh, macam nak tutup. Rupanya Jakel KL tutup kedai 8.30mlm. Saya tak pernah tau yang ada kedai di KL tutup jam 8.30 malam. Tapi, alang-alang da sampai, I pedulik hape, I tengok ada orang lagi kat dalam, I terus tarik other-half masuk. Terus menuju ke tingkat 3.


*sebagai gambar hiasan-google*

Terus ada SA tuju kat I and tanya I nak cari kain untuk apa. Laju-laju cakap, untuk nikah. Haha. Terus tarik i pergi tengok chiffon beaded. Bila die bukak aje kain, terus kepala I ligat fikir, ini nak buat design camne. Tak de lain, hanya kurung moden. So, i terus cakap, nak tengok lace pulak. Dia tanya budget I, I cakap, takde budget. Mana yang berkenan baru fikir. Huehue. Taktik sebenarnya. Nanti kalau die tau budget I, habislah dah tak boleh nego giller-giller. Sebab dia tau kite mampu bayar sekian-sekian figure. Jadi, better simpan diamkan budget dalam hati aje. Heh.

At first, dia bawak pergi tengok lace keras tuh yang set pengantin percuma baju lelaki tuh, yang rm280 satu set tuh kan. i mintak die tunjuk yang lain. then die tunjuk lain, harga pon up la sikit kan. masih tak berkenan, sebab still tak nampak ala french lace. Hohoho. Eyh, mesti, tak mampu beli french lace, beli ala french lace cukup. Haha. Then pegang lace, geleng, mintak die tunjuk range lain pulak. Then, die bukak satu lace ni. mata dah tak tengok lain dah, terus pegang kain, and soft aje. ok, checked. then, die padankan pulak dengan lining dari japanese satin. I mintak tuka lining satin crepe. Nasib die ikut cakap I. Ho-ho. Japanese satin kualiti tak berapa nak bagus sangat, nipis.. tak cantek la i tengok.. satin crepe nampak perkasa sikit. =) tau pon sebab designer baju tunang yang bitau. huehuehue.

Jadi, i lilit-lilit kat badan terus die cakap harga. I dengan muka selamba terus gunakan taktik Huda. Mintak terus harga Mak Andam. Hahahaha. Die terkejut, tanya I, awak mak andam ke? See, Huda, sama la Huda. Ntah-ntah orang yang sama. Heh. I geleng, I cakap, bukan.. mak andam saya suh datang sini. Hari tuh dah pergi cari kat cawangan Seremban, tapi takde la kak. Pergi Jakel pun sesak sangat dengan orang, tuh yang die suh datang Jakel KL. Die suruh saya mintak harga mak andam. Memang die akan tanya siapa mak andamnya. I bantai la sesapa pun bridal kat Seremban tuh. Ada dia tau? Haha.

Kesimpulannya, berjayalah I beli kain ala-french lace tuh dengan harga separuh dari harga asal. Serius, sangat murah dan other half senyum-senyum sebab way lower than his budget allocate for kain nikah. Tihihi. Terima kasih kerana bayarkan semuanya sekali yer awak~. Hehehe. Tapi, satu jekla yang tak berapa nak gembira, sebab impian other-half untuk pakai silver di hari nikah hampir tercapai. Yer, kain nikah ala french-lace tuh warna silver. Sedih giller rasa. Tapi takpe, saya punya banyak rancangan. HueHuehue.

Disebabkan ianya lace, I boleh pelbagaikan design. Dan masih, I boleh padankan dengan chiffon maybe. Lace, boleh buat patches if i tetibe tuka fikiran untuk pakai fully chiffon pulak. Dan lace, silver pulak tuh, boleh buat pergi wedding orang lain pulak nanti if tetiba i nak nikah attire warna putih jugak. so, tak de la membazir nanti if tetiba i tuka fikiran. HueHueHue.

I nak letak sneak preview sikit-sikit kain tuh, tapi other-half dah bawak balik ke Kuantan dan bila saya suruh die snap pic, die dah keluar jalan-jalan. Hurm. Nanti die dah send to me, i upload ok. Biasa aje kain tuh, no beading pon. Sebab I prefer the designer to be creative to put all the necessary beading dekat kain tuh nanti.

Tips:

  • Jangan malu untuk nego. Cuba aje gunakan taktik mak andam. SA siap suruh cakap senyap-senyap, nanti orang dengar. Heh
  • Jangan malu untuk mintak tukar lining kalau kita rasa tak berkenan. Diorang SA memang nak cepat je potong kain. Bukak mulut, speak for yourself. Haha. Apa melalut.
  • Datang time nak tutup-tutup pon bagus. Die terus kasi harga best deal punya. SA dah malas nak layan kerenah kite duk merengek mintak kurang. Ahaha. Tapi, kurang masa la untuk tinjau sane tinjau sini. Jumpa yang berkenan, dah tak mampu untuk tengok yang lain. Terus redha. Heh.
  • Tanya dia confirmkan betul-betul berapa meter untuk kain. Risau, sebab die nak kasi harga murah, die cuma potong 2m instead of 2.5m. Hati-hati. Cuma langkah berjaga-jaga.
  • Lilit jangan tak lilit. Takut bunga pada kain nanti, nampak besar di badan tak seperti kite tegok dengan mata kasar. Tak sesuai, nanti nampak berisi. No-no-no-no.
Sigh, cerita pasal kain pun jadi berjela. Sorry~
 

Ganti kepada bunga segar March 30, 2010

Filed under: D.I.Y,engagement,hantaran — nurathiah84 @ 2:31 PM
Tak I nafikan penggunaan fresh flowers memang cantek untuk menghiasi dulang hantaran. Tapi, since I’m in Seremban, it’s quite difficult to bring back those flowers from Floriska Bangsar 3 days before the ceremony. Nak beli di tempat yang murah aje I ni. Haha. Nanti tiba hari yang dinanti, bunga dah layu sebelum berkembang. Harruu!

Jadi, I mengambil inisiatif untuk menggunakan bunga stokin as bunga dulang nanti. Some more, nak cut cost. Ha-ha. Ini adalah pengalaman pertama buat bunga stokin. Jadi, I tak tahu jadi ke tak nanti. Kalau tak jadi, harus pergi gegar kedai nyonya jual fresh flowers dan gubah malam sebelum majlis. Hurmm, sebenarnya nak elak dari banyak tangan masuk campur. Tihihi. Nanti, semua orang sebok nak buat hantaran guwe, dah jadi tak seragam nanti. Cheyh, kedepan sungguh berfikir. Heh.

So, research done. Dig into Youtube, and found this vid. Layannn:

Tengok vid tak berapa nak susah. Hoho. Harap menjadi lah nanti. Dan beberapa gambar diambil sebagai rujukan nanti. Huhu.

Kalau tak menjadi, harus ubah ke Plan B, iaitu penggunaan bunga kristal. Tengok memang mudah. Camtum kan aja kelopaknya. Tak tahu tahap kesukaran nya tahap mana. Hoho. Nanti cuba yer. =)

Sebenarnya, idea timbul apabila selak majalah pengantin edisi April 2010. Cun betul nampak. Hee. Ini, saya scan. Bunga dulang adalah dari penggunaan bunga stokin dan bunga kristal. Hee.

 

Dulang hantaran March 20, 2010

Filed under: hantaran — nurathiah84 @ 3:07 AM
Picture credit to: Azizi Lee

Dulang hantaran dia cantek kan? Ada crystal-like juntai-juntai tuh. I suke.
Masalahnye, mana I nak cari nieh?
Korang pernah nampak tak?

Dulu kata nak pumpkin carriage tuh.
Sekarang nak yang ni pula.
Macam-macam la kamu.

Bukan, bukan, kita kan kena ada Plan B.
Haha. Alasan semata.
Padahal, dah berkenan dengan yang ini.

Takpela, kalau tak jumpa yang crystal-like ni, harus la redha.
Hari tu kat Nilai 3, ada promosi pumpkin carriage ni.
Buy 1 Free 1.
Nanti nak jalan-jalan kat mall sebelah Semua House tuhla.
Hee. Berjalan suka.

 

Square white plate II February 5, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 5:16 AM
Yeay, finally, i da jumpa square white plate tuh. Ehehe. Thanks to all of you yang drop comments. Sangat-sangat berterima kasih.

So, i manage to grab this at SSF, KL. Sangat teruja sebab harganya sangat la murah. Rm5.90. Ade less ok. Tehehehe. Before less, harganya Rm11.80. Comes in two sizes, kecil dan besar. So, I grab yang kecil je coz takut tak muat dulang nanti. Heh. If anyone of you yang tertanya-tanya berapa la harganya yang saiz besar tuh, murah jugak, cuma Rm9.50 after less. Before less, dalam RM18.90. Hee.

So jalan-jalan kat SSF, cuma tengok-tengok barang lain dan catit harga barang. Heh. So ini anatara yang sempat snap pic.

1) Cake stand – RM30 (before price nyer ialah RM58)
Tak tahula sesuai ke tak untuk letak atas dulang hantaran tuh.


2) I macam berminat dengan pinggan berombak-ombak ni. Nak letak buah-buahan. Sekejap angkat, letak balik. Lepas tuh angkat balik, then letak. Erghh. Can’t decide harus beli or tak. Heh. RM14++ kot. Not sure. Before less, pricenyer RM49 if im not mistaken. Nyanyuk sungguh I. I nak buat research lagi, patut or tak beli this kind of plate. Ergh.

Sebelom ke SSF, I singgah SOGO dulu. Yer, SOGO sentiasala ade sales. I tak tahu bila nya SOGO tak sales. Ade 2 mende memikat hati I. Tapi, once again, I tak boleh nak decide, berbaloi atau tak nak beli. Tapi, bila da drive pulang, I macam menyesal sungguh tak beli satu!


2-tier cupcake stand. Murah sangat. RM25.90. Once again, I can’t decide nak kasi cake ke cupcake ni. Adoi. Lepas tuh, dok fikir, lawa ke atas dulang hantaran nanti. Haa, macam tuh kusustnyer fikiran I. Orang cerewet slalunyer rugi.


At least kan, I amek je la yang single tier ni. Kan? Kan? Harga memang toksah cakap la. Memang mampu milik. RM15.90. So sampai sekarang memang menyesal tak beli salah satu. I memang malas nak jejak kaki kat KL. Dahla panas, jauh pulak tuh I nak menapak dari parking lot. So korang selalunya, pergi SOGO parking kat mana eyh? Cheyh, tanya macam nak pergi SOGO dan grab ni plak. =p