..all about her preps to become a bride…

Approximately 1 month to go June 13, 2010

Filed under: checklist,engagement — nurathiah84 @ 3:28 AM
**This is a sticky post.Scroll down for newer posts**



Ticker shows:

.Panic.
.Attack.
Tihihi. Tapi, dalam hati sukanya la hai. Huhu. Gedik ni! Wahaha. Okla, since it is about 1 month to go before the day, here is the checklist:
*Update: 10 June 2010*
  1. Baju Tunang : Done! Note: To be collected on Thurs/Fri
  2. Veil/Tudung/Kasut: Half-done
  3. Makeup: Done! Note: Deposit paid
  4. Photographer: Done! Note: Deposit paid
  5. Mini pelamin + Stairs deco: Done! Note: Deposit paid
  6. Hand bouquet: Done! Note: Deposit paid
  7. Caterer+Canopy: Done! Note: Deposit paid
  8. Doorgift: Done! Note: Deposit paid
  9. TQ Tag/ Sticker/ Ribbon to deco: Done!
  10. Room deco: Pending
  11. Dulang hantaran+Alas: Done!
  12. Hantaran (From me to him):
  • Cincin:Done!
  • Personal care product: Done!
  • Chocolate: Done!
  • Cake: Done! Note: Deposit paid!
  • Cookies: Done!
  • Kain nikah: Done!
  • Sampin: Done!
  • Fruits: Pending
  • Sireh junjung: Pending
  • Additional 1
  • Additional 2
Hui, banyak lagi tak siap. Sigh. Anything else left out tak? Sebulan sahaja lagi, sangat berdebar. Si other half pon tak tempah lagi baju tunang die. Sigh. Cincin untuk I pon masih tak dibeli lagi. Double Sigh. Bukan senang kalau PJJ (perhubungan jarak jauh). Huhu. Sebulan sekali aja berjumpa, itu pon kalau si other half ada kursus di ILSAS, Kajang. Survey cincin pon, masih belum jumpa yang berkenan di hati. Bukan senang yer rupanya nak mencari cincin.. Sigh..
 

Hantaran: Sugar cookies June 7, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 5:43 PM
I’m so excited to blog about my cookies that I ordered from CupcakesChek. Dah selamat tiba pagi tadi. Hehe. The owner was so kind to give extra 2 pieces of cookies untuk rasa-rasa. Hehe.
Sampai aja rumah, terus terkam nak gigit cookies. Hihi. Bukan sahaja comelll, tapi sedap!! Nom, nom, nom, tak cukup satu. Mahu lagi dan lagi dan lagi. Timbul rasa menyesal order sikit aja. Sigh. Sampai adik-beradik geram nak gigit sama, I cuma kasi satu sorang sahaja. Haha. Kesian mereka, dapat kakak kedek macam I. Huhu.
Then, terus excited nak ‘gubah’ jadikan hantaran. Bersemangat sungguh ok! Dan, hasilnya.. Huhu. Simple sahaja. Malu nak preview lebih-lebih. =))

Dan, sekarang you all dah ada idea la kan, rupa hantaran saya. Hehe. The theme colour is pink+silver+white. Simple-simple sahaja semuanya. =))
Owh, hampir terlupa. To those yang query about cookies size, ini comparison yang I boleh buat. Besar. Lebih besar dari syiling RM0.20. Haha. Takde syiling RM0.50. Maaf ya! Sangat-sangat puas hati dengan size-nya, rasa-nya, service dari Kak Ayu dari mula berbalas email hinggalah dah selamat deliver. Memang tip-top! HIGHLY RECOMMENDED!

Besar, memang puas hatilah dengan harganya! =)
=)
 

Cookies.Cookies. May 24, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 1:59 PM
Remember this post? Ya, it’s about fancy cookies. Nak tengok tak hasil air tangan Kak Ayu for my cookies? Tihihi. tak sabar nak share with you all, sebab sangat teruja tengok cookies comel-lote dari Kak Ayu’s kitchen. Tihihi. Dalam hati, “Oh my, i must post this, i must make a special entry for Kak Ayu“. Hehee. She such a nice person. Kak Ayu buat homework googling the design that will match your theme. How lucky, I am. Sebab I seorang yang pemalas nak provide her with the design. Ketuk I, ketuk I. Jangan tiru I yer, sila buat homework ya ladies! =)
Definitely, recommended! Very, very recommended!
Tak renyah la nak deal dengan Kak Ayu
Cookies that make me uuuu,, aaaaa,, wow!, wallla!! :

Cookies 1

Cookies 2

Cookies 3

Cookies 4
Alolooo.. comellnyer.. Pricing? Email her for more details ya! Tihihi.
cupcakeschek@gmail.com
Kak Ayu introduce a lolly cookies la.. Cute! Better than lollipop for the kids, kan? Sebab lollipop nanti buat gigi rosak. Hohoho. The exact size, i’m sorry, i don’t know. Contact Kak Ayu for more details ya!

Comellnyerrr!
Suitable for candy buffet juge. Hehe. I might consider lolly cookies on my wedding! =)
All pictures were taken from: CupcakesChek
 

Memburu hantaran lagi May 14, 2010

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 3:20 PM
Hari ni pergi hunting hantaran item lagi. Penat. Huhu. Bersama mama tercinta, pusing shah alam aja. Misi adalah untuk mencari cincin, sampin dan dulang hantaran. Apa yang dapat sesi pusing shah alam? Hehe.
Cincin, checked!

Hehe. Macam klaka kan cincin untuk lelaki letak dalam ni. Haruslah, pergi cari bekas cincin lain pula nanti. Huhu. Di shah alam, memang punya kedai favorite parents, so pergi situ ajela survey. Last month dah ajak bf pilih design mana yang berkenan di hati, banyak pilihan kat sini, dan cantik-cantik juga..
Memula, i macam terkejut jugak, bila my mom cakap, tunang kasi cincin. i macam, eyh, ye ke.. kenapa kawan lain tak de kasi pon. uhuhu. tapi, ikut kan ajela.. maybe dah adat belah kelantan/terengganu kasi cincin untuk lelaki. Ye, I orang pantai timur. Hee. Ikut kan ajala. Bila pergi with my mom, sesi tawar menawar memang hebat. Die tawar bisa dapat kurang gila-gila punya. Hee. Ditambah pula dengan ‘kecek klate’, terus dapat harga adik-beradik. Ahaha.
Apa isi dalam? We wait until the day ok. Saya ke Habib, ke Wah Chan, ke Tomei, dan macam lagi, kedai emas klate jugak design-nye yang menarik di hati. Hehe. So, yeah, i love cincin itu. =) Kita tunggu photog capture the ring ya! Huhu
Sampin, checked!

Next, sesi mencari sampin pula. Memang mencari sampin tenun terengganu bunga penuh. Taknak songket pakistan or songket india. Nak terengganu punya jugak! Huhu. Satu hal pula la kan nak balik terengganu semata nak cari sampin sehelai. Hihi. Jadi, jenuh la pusing shah alam. Dari PKNS ke SACC. Ada yang berkenan, tapi harga pulak humaihaih. Tak mampu guwe. Sampai 8-9 ratus sehelai. Even 2ribu pon ada di PKNS sana. Cantek sangat. Sangat-sangat cantek. I sukeeeee. Yerla, 2 ribu. Uhuk. Tapi, macam membazir pula sebab hanya nak pakai pada hari Nikah. Hee. Chey, sebenarnya ai tak mampu nak beli sampin beribu. hee. Bila ada yang berkenan, warna di cari pula takde. Remember, i beli kain nikah di Jakel warna silver macam tuh.. so, i have to find matching sampin. Last resort, kalau tak ada, memang kena redha mintak tolong auntie belikan di Terengganu/Kelate sana.
Akhirnya, pasrah. Meneruskan misi ke kedai sutera batik sebab my mom nak beli baju pulak. Yer, my mom nak cari baju baru katanya untuk dipakai pada hari tunang ai nanti. huhu. since i tau kedai batik di seksyen 9 selalu ada sale, i terus shoot pergi sana. nasib ada yang berkenan. hehe. my mom tak nak kalah, nak berlabuci jugak. haish, harap ai lebih glamer dari my mom. uhuhu. sambil my mom pusing-pusing tengok baju, tengok kain batik sutera, i jalan-jalan sampai hujung kedai. tanpa malu, i masuh ruang rehat pekerja ke hapa. haha. sebab i nampak banyaknyer songket terengganu!! i terus belek-belek buat seperti kedai ai yang punya. haha.
dan berjumpa yang berkenan. dan terus amek, letak kat cashier. tunjuk kat my mom, dan tunjuk muka suruh die nego. haha. once again, sebab ‘kecek klate’ punya pasal.. haa kau, harga dah pass pun (harga mati), i bisa dapat murah lagi. i rasa sangat berbaloi-baloi sebab jauh lebih murah dari PKNS dan SACC. harga display sama aja dengan semua tempat. cuma kat sini, i bisa dapat harga runtuh la orang kata. kat sacc pon, die cuma kurangkan rm30 aje. hampeh. di pkns, dapatlah kurang sampai rm50, tapi colour pulak tak ada yang berkenan.
so, orang shah alam, boleh la datang jengok kedai batik hungga ni. lokasi, seksyen 9, sebelah restoren cili merah. tatau jugak, memang tak tau nak kata la. hehe.
 

Fancy cookies

Filed under: engagement,hantaran — nurathiah84 @ 2:02 PM
I heart cookies bouquet. Perfect for hantaran. Kan? Because I dah fall in love, terus dalam hantaran list from me-to-him, i include decorated cookies. Hehe. Then, i email for quotation. Unfortunately, the price quote dah out of my budget. If u have certain budget, go for this! Comelll! hehe. Can place your order from here: Cookiss

Source: Cookiss
Then, sesi jalan-jalan tanya quotation sebab still i nak fancy cookies ni to be included as one of the hantaran. So, I plan to order loose cookies and pack something like this:

Source: Cookiss
Dan dah berjumpa dengan yang berkenan di hati. Cookies with fondant normally harga varies from RM2.50 to RM3.50 per pc. But, with Kak Ayu from CupcakesChek, i rasa murah jugak la. RM1.50 per pc untuk fondant deco. Kalau cookies biasa, cuma RM0.90. Perfect for doorgift untuk budak-budak kan. So, i da order decorated cookies dengan Kak Ayu. Design boleh pilih sendiri. Woo-hoo. No delivery charges. Woo-hoo! Saya tiada design, cuma beri theme colour sahaja. Malas dah nak cari design yang in untuk fancy cookies. Heh.
Jadi, satu lagi hantaran dah settle. Woo-hoo!
 

Sesi jalan-jalan May 13, 2010

Filed under: deco,engagement,hantaran,ideas — nurathiah84 @ 3:53 PM
Lepas pulang dari fitting baju, terus menuju ke MidValley. Mencari-cari apa yang boleh dijadikan hantaran nanti. Kan hantaran i tak lengkap sepenuhnya lagi. Hehe. Jadi, jalan-jalan, jumpa ini:

Source: Mahnaz Food

Dates with mix nuts. Ada almond, ada walnut ada kacang apa tah lagi. Dah siap-siap pack in a clear container, tinggal letak ribbon aje. Price: RM24.00 per pack. I mintak kurang, tak dapat. Kedek betul. Ahaha. Bile selidik-selidik, tengok dari MahnazFood. Dekat aje kilang die. Di Shah Alam. Biasa juga tengok signboard MahnazFood ni di Shah Alam. Nanti nak pergi jengok lah kilang dia. Haa, engkau, nak beli 2 pack pon nak cari kat kilang. Haha. Mesti nanti, nafsu memuncak nak beli kacang lain pula. Pistachio owh pistachio. Jadi, i rasa nanti i nak pergi tengok Kilang Mahnaz Food ni. Kalau tak, kena beli di MidValley juga lah. Hehe.
Lepas habis ronda MV, i jalan pergi Jalan Tar pulak. Saja nak jejak Semua House. Huhu. Tak da apa pun beli di Semua House. Tengok dulang hantaran. Tapi tak jumpa yang memikat di hati. Rasa memang kena pergi tengok di Nilai juga. Lebih banyak pilihan. Jadi, ke Kedai Bunga Reben. Beli ribbon dan satin roses. Untuk apa? Haa, untuk doorgift nanti. Huhu. Price:
Organza Ribbon: RM1.50 per roll after discount
Satin roses: RM8 (100pcs) after discount

At first, nak beli ribbon di SSF. Yer, ribbon di SSF sangat murah compare to kedai Bunga Reben. Tapi, pilihan tak banyak di SSF. Mungkin kehabisan stok. Yela, ramai nak kawen bulan June agaknya. Teori sendiri. Tapi, ada jugak ribbon yang murah di Bunga Reben, jadi, pandai-pandai lah pilih antara kedai Bunga Reben atau di SSF. Tapi, pada pemerhatian saya, di SSF lagi murah ribbonya. Mesti pening ni… Haha.
Dan, seterusnya, jumpa ini juga:

Kipas bulu-bulu. Cantek woo. Seriously. Ada warna putih. Tapi, tak de yang display untuk di snap pic. Price: RM13.50 per pc. Murah woo! Hati-hati pilih. Bukak dulu plastiknya, sebab ada yang dah kuning-kuning. Tak tahu mengapa. Tumpahan apa pon tak pasti. Jadi, tilik dulu, dah puas hati, baru beli. Hehe.
Dan juga ini:

Jahit kat kain alas dulang, lari dari kebiasaan, alas dulang bermanik. Price: RM1.80 per pc.

 

First fitting May 12, 2010

Filed under: engagement,outfit — nurathiah84 @ 2:39 PM
So, I went to meet the designer for fitting. Nervous! Betul-betul nervous.
I ingat lagi, lepas I met him to discuss about the dress, bayar deposit lepas da closed deal, balik rumah i selak-selak magazine. Rasa macam ada yang tak kena dengan design baju i. I belek magazine, i bayang itu i bayang ini. Macam-macam. Lepas tuh, mulalah hati tak keruan fikirkan tentang design baju i. Macam-macam nak add on/tukar design. Tapi, tak call-call juga the designer. Nak pergi jumpa the designer, i busy sentiasa. Yela, quizzes, assignments semua kan, remember, i am a full-time student. So, i biarkan aje design asal dan tak kesah la macam mana pon. Janji ada baju baru untuk dipakai pada hari tunang. Jadi, i mula belajar redha tentang baju tunang i.
Sehingga-lah hari semalam, lepas terima call dari the designer, i cuak balik. nervous betul. risau bile badan i sarung baju tu, nanti jadi tak lawa. Yela, body tak macam model.. curvy-curvy semua tuh mimpi lah agaknyer. hihi.
Dan akhirnya.. i lega sangat lepas nampak baju i. walau tak siap sepenuhnya, masih belum ada beading, i sangat puas hati dengan baju i. senyum sampai ke telinga lah orang kata. huhu. sampai jugak niat hati i nak pakai sesuatu yang lari dari kebiasaan untuk hari tunang. heh. i just want it to be a simple baju kurung moden. not too heavy with beading. coz, i want to wear it again and over again. perhaps, my baju raya untuk hari raya ke-2, or ke-3 or bertandang ke rumah terbuka. Hoho. harapnyer masih muat la kan. hehee..
Dan ini, teaser sedikit. Maaf, full-pic hanya selesai majlis yer. ehehe. boleh yer sayang-ku semua. =)

Surprisingly, baju longgar, kain loggar. apa maksudnya? tihihi.
Kan dah cakap. simple aje. belum beading lagi.
Plan to have pearls and pink beading.
We’ll see the result in 2 weeks time.
InsyaAllah.
=)