..all about her preps to become a bride…

Sesi jalan-jalan May 13, 2010

Filed under: deco,engagement,hantaran,ideas — nurathiah84 @ 3:53 PM
Lepas pulang dari fitting baju, terus menuju ke MidValley. Mencari-cari apa yang boleh dijadikan hantaran nanti. Kan hantaran i tak lengkap sepenuhnya lagi. Hehe. Jadi, jalan-jalan, jumpa ini:

Source: Mahnaz Food

Dates with mix nuts. Ada almond, ada walnut ada kacang apa tah lagi. Dah siap-siap pack in a clear container, tinggal letak ribbon aje. Price: RM24.00 per pack. I mintak kurang, tak dapat. Kedek betul. Ahaha. Bile selidik-selidik, tengok dari MahnazFood. Dekat aje kilang die. Di Shah Alam. Biasa juga tengok signboard MahnazFood ni di Shah Alam. Nanti nak pergi jengok lah kilang dia. Haa, engkau, nak beli 2 pack pon nak cari kat kilang. Haha. Mesti nanti, nafsu memuncak nak beli kacang lain pula. Pistachio owh pistachio. Jadi, i rasa nanti i nak pergi tengok Kilang Mahnaz Food ni. Kalau tak, kena beli di MidValley juga lah. Hehe.
Lepas habis ronda MV, i jalan pergi Jalan Tar pulak. Saja nak jejak Semua House. Huhu. Tak da apa pun beli di Semua House. Tengok dulang hantaran. Tapi tak jumpa yang memikat di hati. Rasa memang kena pergi tengok di Nilai juga. Lebih banyak pilihan. Jadi, ke Kedai Bunga Reben. Beli ribbon dan satin roses. Untuk apa? Haa, untuk doorgift nanti. Huhu. Price:
Organza Ribbon: RM1.50 per roll after discount
Satin roses: RM8 (100pcs) after discount

At first, nak beli ribbon di SSF. Yer, ribbon di SSF sangat murah compare to kedai Bunga Reben. Tapi, pilihan tak banyak di SSF. Mungkin kehabisan stok. Yela, ramai nak kawen bulan June agaknya. Teori sendiri. Tapi, ada jugak ribbon yang murah di Bunga Reben, jadi, pandai-pandai lah pilih antara kedai Bunga Reben atau di SSF. Tapi, pada pemerhatian saya, di SSF lagi murah ribbonya. Mesti pening ni… Haha.
Dan, seterusnya, jumpa ini juga:

Kipas bulu-bulu. Cantek woo. Seriously. Ada warna putih. Tapi, tak de yang display untuk di snap pic. Price: RM13.50 per pc. Murah woo! Hati-hati pilih. Bukak dulu plastiknya, sebab ada yang dah kuning-kuning. Tak tahu mengapa. Tumpahan apa pon tak pasti. Jadi, tilik dulu, dah puas hati, baru beli. Hehe.
Dan juga ini:

Jahit kat kain alas dulang, lari dari kebiasaan, alas dulang bermanik. Price: RM1.80 per pc.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s