..all about her preps to become a bride…

HM: Malam Berinai April 14, 2010

Filed under: pelamin,real wedding — nurathiah84 @ 3:14 PM
Malam Berinai Hunny Madu

I heart the Cleopatra chair. Elegant.


The outfit. Nice.
Songket di malam berinai sungguh sesuai.
Chunky beads.
Very the modern touch!
 

Episod terjah bridal house di Senawang March 31, 2010

Filed under: pelamin — nurathiah84 @ 11:09 AM
Ini pengalaman saya melawat bridal di area rumah saya. Overall, PR sangat bagus. Rata-rata sanggup ikut apa I nak. Dan quote harga yang agak reasonable for mini dais. Bridal di area senawang, N9. Dan ini saya ambil sebagai rujukan sebagai mini pelamin yang saya mahu. Cukup tabir belakang, pomander flower yang besar di kiri dan kanan, stage, dan kerusi berdua itu.


Credit to: Zalfie Zainal Creation

1) Shazie Collection

Butik lawa. PR bagus. Terus tunjukkan semua album yang berkenaan. Makeup okla.. Guna kryolan dan Mac. If nak trial make-up die charge RM150. Make-up rate tak ingat la berapa RM. Hehe.

Pakej untuk perkahwinan dari RM1200 – 2700++. Barang pon banyak. They can cater what we want. They do have pelamin panel tu. Baru katanya. Baru sekali guna. Haha. Takde gambar nak tengok. Dalam album banyak pelamin yang lama-lama. Yang kerawang bagai dan kain leret-leret. Eww, not to my liking. Haha.

Untuk pelamin mini, price starts from RM350. This want of course la yang tak de panel. Tanpa kerusi. Kain leret-leret ke kiri ke kanan tuh. Kalau mahu mini pelamin yang punya kerusi, they charge me RM700. Seperti pelamin Zalfie Zainal, RM700. Boleh diberi kepercayaan untuk mendeco pelamin.

Baju pengantin banyak pilihan. Tapi semuanya jenis yang ala kebaya la kan. Macam baju pengantin kat butik-butik lain. Kalau sewa baju sahaja dalam RM850 untuk french lace. Kalau songket cuma RM500. Kalau buat baru tambah lagi RM500 for both french lace and songket.

2) Andaman Pesona Anggun (Kak Ani)

Butik biasa aja. PR bagus. Siap offer nak buat pelamin dalam majalah Ratu Sehari. Pelamin dari Precious Moments Collection, die quote for only RM400. Nak kerusi bagai, no additional charge. Pelamin mini = RM400. So, pelamin dari Zalfie Zainal di atas pon, masih RM400. Tak lokek untuk berkongsi idea dan menerima apa sahaja dari idea saya. Which is bagus. Hehe.

Pelamin panel tak de tak silap. Masih banyak yang kerawang-kerawang. Kerusi gedabak ala Mawi-Ekin tak de. Pilihan kerusi tak berapa banyak. Tak tahu sama ada sanggup invest untuk beli kerusi yang I nak ke tak. Huhu. But, still ada kerusi 2 seater yang okkk laa.. Nak demand tinggi pon tak boleh. RM400 je kan. Heh.

3) Ruzsha Bridal

Butik ok. PR pon bagus. Entertain saya dengan baik sekali. Siap tarikkan kerusi untuk saya. Dan terus show pelamin mini terbaru katanya.. Haha. Which is not to my liking. I tunjuk pic yang I bawak. Boleh buat, dalam RM350 to RM400. Ok, suka.

Banyak pilihan kerusi jenis 2 seater. I suke. Siap offer kerusi baru warna putih kalau i nak. Wahaha. On the way, katanya. And then, i tanya, pernah tak gubah bunga jenis bulat-bulat macam ni (as in the picture above). Dia kata ada, tapi gambar tak cuci la. Dalam laptop. Laptop tak bawak. Ok, fine….. Next time datang appointment, boleh tunjuk. WTH. Haha. So far, I suka butik ni dari yang sebelumnya. Sebab boleh sediakan apa yang I nak. Itu penting. Huhu. Maybe akan buat 2nd appointment dengan yang ini. Heret mak sekali. Heh.

4) Azue Bridal

Butik sangat cantek. Pelamin biasa-biasa aja. Price agak mahal. Maybe sebab biasa masuk majalah pengantin kan. Hehe. Makeup sangat cantek. Dalam gambar memang lawa-lawa. RM450 kalau nak makeup sahaja. Kalau i tau, i amek di sini aje. Heh. Itulah, tak survey lagi. Tapi, takpela jugak, sebab date I dah fully booked. Ahaha. Laku betul Azue Bridal ni. Hehe. Baju cantek. Tapi banyak jugak yang torn. Hihi. I belek satu-satu ok. Dari kain, ke manik-manik I belek. Dah terkeluar benang la, dah koyak sikit-sikit la, manik ada yang jarang la. Hehehe. Tapi, semuanya banyak yang design ala kebaya tuh la. Macam biasa pengantin-pengantin pakai. Takde yang jenis ala Man Kajang. Assistant tak berpengalaman sangat. Bila tanya, semua kata tak pasti la, tak tahu la. WTH. Asek nak call boss je. Tengah tanya-tanya pon dok tekan hp nak call boss. Sampai I cakap, takpe, takpe, saya datang nak tengok-tengok aje. Hihi. Nak quote harga pelamin pon tak berani. Huhu.

5) Dina Collections

Bagus PR nya. Senyum sebelum buka pintu lagi. Huhu. Tapi, satu habuk pon tak tahu. Tentang makeup aje tau. RM600. Tak de la cantek mana pon. Dok canang la makeup kami standard make-up artist. Fine,fine. Ahaha. Pelamin dari RM1500 – RM10000. Bila tunjuk contoh pelamin, gambar nya rata-rata diciplak dari internet. WTH! Dari Zalfie Zainal la, Wedding Galore la, banyak la lagi.. Memang biasa dah tengok-tengok pelamin dari mereka. Tak de pelamin buatan sendiri ke hape. WTH. Baju pon tak banyak.. Tapi lawa-lawa la baju-bajunya. Butik ni sekali dengan butik perkahwinan dan butik jual baju. WTH lagi. Mula-mula masuk, I confuse kejap. Ni kedai baju ke bridal house. Ahaha. Dari luaran lawa betul kedainya. Huhu. No-no untuk saya butik ini. Hehe.

6) Citra Classic Bridal

PR bagus. Zety yang peramah. Hihi. Kerusi pelamin 2 seater banyak pilihan. Punya juga pelamin berpanel tuh. Boleh buat juga bunga bula-bulat tuh. Bila tunjuk gambar seperti di atas, die quote RM500. Dalam album, pelamin biasa-biasa aja la. Kerawang macam tuh la. Haha. Tapi, memang ada pelamin panel. Dekat showroom die, die tunjuk. Hehe. Dan die pun tahu yang bunga bulat-bulat ini adalah tengah in sekarang. Ok, at least die tahu perkembangan dunia pelamin. Haha. 2nd appointment to follow.

So, overall, i terjah sana sini, semuanya i tak yakin untuk hire mereka. Haha. Tapi, memandangkan harga yang murah, dan at least they can cater what i need and want, boleh la dipertimbangkan. Haha. Tunang je pon kan.. Tak perlu la nak jadi bridezilla lagi. Huhu.

Tetiba rasa I nak bukak butik perkahwinan plak kat Senawang ni. Mimpi ajela. Nak buat bunga stokin pon terkial-kial. Heh.
 

Pelamin bertunang Dr.SMS March 29, 2010

Filed under: pelamin — nurathiah84 @ 5:41 AM

I email D*ranta Aven*e tanya berapa pelamin macam ni.
Nak tau berapa die quote?
RM2000.
Gile. I tak mampu untuk bazirkan duit I semata untuk pelamin tunang macam ni.
Bisa cari lain lagi.
Sungguh la.. harga tak masuk akal. Ha-ha.
Tanpa panel, cecah sampai RM2000?
Gella!

 

Fuchsia Pink! January 18, 2010

Filed under: engagement,pelamin — nurathiah84 @ 1:35 PM
Ever heard this bridal name tak: Que Rafael Bridal. Try google, tapi jumpe facebook account die je. Ehehe. Cantik jugak pelamin-pelamin die. Based area Shah Alam. Nahwal, u penah dengar tak? Hihi. Hasil kerja nya:

Fuchsia pink. Cantek. Sesuai untuk engagement nanti. =)

Tunnel. Menarik jugak ek. If event malam, cantik la ek. Ada lilin bagai. Nice..

Pics were taken from: Facebook|Que Ariffin

 

Pelamin bertunang December 21, 2009

Filed under: engagement,pelamin — nurathiah84 @ 3:33 PM
Pelamin untuk tunang pun sekarang da mewah eyh. Siap berpanel dan ade bench lagi. I, myself memang suke pelamin tunang ade bench ni. Sebab nanti boleh share dengan future MIL. Hiks. Tapi, tentunya budget untuk pelamin sahaja da hampir kepada pelamin nikah ya. =) Blogwalking melawat Arma Wedding Couture. Owh, lawa betul pelamin bertunang dari Arma Wedding Couture ye.
Something different panel die tuh. Flower arrangement nampak mewah begitu. Kalau I, I xnakla letak alas kaki tuh. Tak pakai kasut dalam rumah. =) Nampak sedikit formal dengan alas kaki begitu. I mahu yang manis-manis aje untuk E-day I.

Putih. Cantek. Bersih. Backdrop dengan juntaian ala kristal tuh memikat hati. =) Perlu ke ade kipas bulu untuk majlis bertunang? Majlis tunang I nanti xde la kipas bulu tuh. Mungkin sekadar hiasan ek. =)

 

Tiffany theme December 12, 2009

Filed under: canopy,pelamin,real wedding — nurathiah84 @ 1:31 PM

I attend my friend’s wedding today and it turns out the theme colour of her wedding is tiffany blue.. some pics of her wedding:


Canopy. The food was good. Caterer pon bagus. Daging tak liat. Ayam tak hancur. Ikan pon tak hancur. Air pon sedap. Even da kul 4pm masih topup kan lauk sebab still ade tetamu datang. Takdela kalut nak kemas buffet meja tuh kan, or bungkus2 lauk ke kan. Pekerja pantas, terus kemas pinggan bila da habis makan. Pinggan bersih, cawan bersih. Nama caterer tuh Manisa Catering located at SS15, Subang Jaya. I simpan their contact number for future reference. Heh.

A simple pelamin. cuma bunga daisy sahaja as a backdrop… Tiffany and white, a great combination.


Pelamin dalam rumah. I rase pelamin nikah die. Ala-ala morocco punye konsep. Kerawang-kerawang tuh cantek. Excuse the people, please. =)


Meja beradap. Sangat simple. Should add more deco, i guess. Hanya ada bunga harum sundal malam dan daisy sahaja.


Table for cake cutting. I love their cake stand. Ditambah deco dengan ala-ala crystal. tambah cantek.


Lastly, presenting the bride and the groom. Lovely dress, i must say. Lari dari typical lace-kebaya-malay wedding yang selalu jadi pilihan pengantin. Macam ada touch dari Hatta Dolmat. Tak sempat nak interview the bride sape designer. =)

 

Nikah theme December 1, 2009

Filed under: ideas,nikah,pelamin — nurathiah84 @ 3:40 PM
Versi berangan lagi. Huhu. Kali ni nak merepek pasal nikah theme plak. Erm, i adore tiffany blue ever since I terlihat Ummi’s engagement ceremony. Nampak bersih dan sweet ajek. Hihi.

Source: images.google

And from that moment, i terus impikan untuk hari nikah, i nak tiffany blue ni. Hihi. But, i myself tahu i wont look good in blue. So, to be safe, i will choose to wear white on nikah day. Sangat sinonim kan untuk nikah. And for family members, i want them to wear tiffany blue. Ekeke. Paksa orang pakai biru. Haha. And combination colour to mix with tiffany blue would be red. I suke merah la. Hehe.
Source: here

Miniature cake tuh sungguh comel. And the lollipop juge. Eish, inspired betul. We’ll see how. Ngee. Erm, i decide to have a pelamin on nikah day. Just a mini pelamin will do. Ekeke. Berangan mode ON kan. Heh. Dont know which to decide, either:

Tiffany

Souce: (1) NGI, (2) Arma Wedding Couture, (3) Ari Wedding Couture

or Red

Source: NGI

I rase I pilih merah kot sebab I rasa baju nikah warna putih akan naik serinya bila digandingkan dengan warna merah ni. Hihi. Cuma mini dais aje, tak nakla meriah sangat. Hihi. Owh, hampir tertinggal, table setting. I googled around and tertarik, so save aje la and share kat sini.

Source: here