..all about her preps to become a bride…

Pameran Pengantin di MidValley: Edisi Jumaat July 2, 2010

Filed under: pameran pengantin — nurathiah84 @ 5:30 PM
I sempat meluangkan masa dalam sejam lebih macam tu di Pameran Pengantin @ MVEC.
Cuma sempat singgah beberapa booth sahaja.
Saya nak pergi lagi, hari Ahad.
Banyak booth terbabit.
Sukaa!
Banyak bridal boutique.
Masing-masing dok pamer pelamin tersendiri.
Tapi, most of them pelamin panel.
DinaHalim je ada pelamin ala-roman tuh.
Tapi, i tak pasti jugak kalau dari butik lain ada pelamin ala-roman ni.
I tengok sepintas lalu sahaja.
No pics were taken.
Maaf.
Rushing amat.
Saya sempat berdiscuss dengan 5 vendors sahaja.
(1) Pulut Berhias

– Price untuk pulut berhias starts from RM65 (1 tier) up to RM230 (3 tiers)
Ada juga individual packaging, sesuai as doorgift, harga dari RM2 (100pcs and above)
Ada free pulut untuk rasa, sedap dan lembut. Cuma bab rendang tuh tak dapat nak komen lebih. Sikit sangat. Hahaha. Tamak la saya. Hahaha.
Good PR.
I suka.
Simpan contact mereka untuk rujukan masa hadapan.
As pulut kuning will be one of the door gifts untuk hari nikah nanti.
InsyaAllah.
Cuma, mereka takde provide delivery service untuk luar klang valley.
Within Klang Valley cuma RM30 aje.
Sigh. Malas nak mengangkut I ni!
(2) Rins Suzana
-No comment-
Ahaha. I cuma nak tau harga untuk pelamin dewan sahaja.
Baju cantik!
(3) Davency Wedding Workshop
-I tertarik dengan pelamin merah die yang ada juntaian cystal tuh.
Jadi, stop by dan dientertain penuh semangat dari boss besar.
Seorang Chinese man. Tapi, sangat fasih berbahasa melayu.
Memang bagus la PR die.
Semua I mintak, die boleh buat.
I mintak:
Pelamin (5-7panel)+walkway+arch+gazebo for cake cutting+hall deco
RM3****
Murah dah i rasa. Haha.
I mintak arch ala NGI.
Gazebo for cake cutting ala NGI jugak.
Ala, yang ada bunga juntai-juntai tuh. Ahaha.
Tapi, dalam gambar, i tengok pelamin die semua panel-panel tuh.
Dan bunga pon, tak dela lebat sangat.
Ahaha.
Ciput.
I nak survey lagila.
Mungkin ada pakej 3k++ dapat fresh flowers kan.
Mana nak tahu kan?
Heh.
Giller budget kau! Haha

Jangan harap nak jumpa kan. hehe

(4) Gendhing Emas Resources
– I suke! Mereka ada provide semua-
Dari catering, wedding planner, entertainment, semua la!
Tapi, i cuma tertarik untuk persembahan sahaja.
Mereka ada persembahan muzik gamelan, persembahan muzik asli (Nahwal, please go and check them-ahaha), persembahan muzik ghazal, persembahan tarian tradisioanal (i suke!),kompang, katering, kanopi, pelamin, PA system, wedding planner.
Kalau booked mereka di pameran pengantin, dapat jimat banyak!
Takde website to refer. Sigh.


(5) Dina Halim
Haish, pelamin ala-roman musnah begitu sahaja.
Pelamin sahaja tanpa walkway, RM4k++
Tapi, i tak discussed betul-betul la.
Ambil pamphlet dan tanya, pelamin kat luar tuh berapa?
Lepas tuh, terus chow.
Adik i dah call banyak kali mintak turun dengan kadar segera.
Tak tenang betul nak berjalan-jalan kalau bawak lelaki ni.
Sigh.
Sebok nak kejar bola katanya.
Whatla.
(tak faham kenapa mesti ada underline nie. abaikan ia. tak fasih la bab html coding ni. sigh)


Kesimpulannya, best la pergi pameran pengantin kali ni.
Banyak yang take part. Suka!
I cuma simpan contact number mereka.
In case, nak hire mereka nanti kan?
Other company:



 

Pameran Pengantin di MidValley July 1, 2010

Filed under: pameran pengantin — nurathiah84 @ 4:13 PM
I rasa, I lah paling lambat update tentang pameran pengantin ni.
Hehe.
Busy la saya sekarang ni.
Dah start new semester.
Thesis writing pulak.
Baca blog B2B pon sepintas lalu.
Kadang sempat tinggalkan comment, kadang tak sempat.
Sigh.
Comment kat blog sendiri pon tak ter-reply lagi.
Nanti I reply. Promise! =))
Eyh, termelalut.
JOM PERGI PAMERAN PENGATIN, JOM!
Kalau Dina Halim kasi harga baik punya, I nak letak deposit terus.
Dengar kata Dina Halim nak revised harga untuk pakej 2011.
Sigh.
Dari pameran pengantin yang lepas lagi, i dok berangan mahu pelamin ala-roman Dina Halim tuh.
Berangan aja la mampu dek non oi. Hehe.
Ada tak eyh, yang buat pelamin ala-roman ni selain dari Dina Halim?
Takpe, esok kita tengok harga macam mana ya.
Mintak, mintak jantung tak bergegar.
Haha.

Kalau ada yang cam I tanpa mekap, tegurla.
Wave, “Hye CikBelle”
Ok, i tau kita kawan blog.
Finally, dapat jumpa in person.
Yeay!
I pergi esok, Jumaat.
I heret adik lelaki I.
Pedulik kalau dia buat muka bosan, i pedulik hapa.
Kejam kan kakak macam I?
Wahahaha.
Nanti I balik, I update secara pantas ok.
Hehe.
Daa.
 

Update tentang PP 2010 March 15, 2010

Filed under: pameran pengantin — nurathiah84 @ 4:36 AM

Ya Ampun!! Lambat betul nak update tentang ni. Niatnye nak share dengan semua, tapi tak sempat nak update. Sob2. Takpela, kite cerita-cerita jela kat sini yer.

Petang Jumaat I jejak PWTC. Ya Ampun!! Ramai giler orang ke Matta Fair. Tapi I terus ke PP, level 4. Tak berapa ramai orang. Jadi, senang untuk berdiskusi dan mereka pon semangat untuk terang itu ini.

Booth pertama i lawat, booth kad kawen. Saje je tanya-tanya tentang hardcover. Haha.


Yang ini dari Vision Greetings – True Love . Harga yang paling kanan, dalam 1000pcs, die boleh kasi RM3++ sekeping. Cantek kadnyer. Pandang kali pertama terus jatuh cinta. Harga? Kite survey lagi la ye. =)


Yang ni pun dari Vision Greetings jugak. For 1000pcs, die quote RM4++ sebab besar. Hui, xmampu. haha.


Next, I jalan-jalan ke booth Dios Astana Bridal. Bekas tembaga ni, cuma RM6 sahaja. Clearance stock katanya. Normal price ialah RM28 untuk 30unit ke atas. Berbaloi2. Tapi, ialah RM6 untuk doorgift sahaja. Erk. Mahal jugak yer. Tihihi.

Next, pelamin cantek ni dari DinaHalim. Cantek sangat. Sesuai la untuk dewan yang besar kan. Contact DinaHalim untuk lebih lanjut. I adala simpan brochure dari DinaHalim.Tapi, harga untuk masa exhibition ajela. Hehe. Tak boleh nak letak sini, takut team DinaHalim marah sat lagi. Hehe.
Ini dari Rita Collections. Baju-baju cantek. Banyak kebaya style indo-indo sane. Pelamin ni actually 3 panel. Tapi, camera i tak mampu nak capture penuh-penuh. Haha. Ambil serpih2 jela. Kalau ambil pakej agak murah dari ambil pelamin sahaja. Tapi, sofa 3-seater untuk pelamin? Macam tak sesuai ek.

Ini cantek. Dan banyak-banyak booth, ini yang paling murah untuk hardcover card. For 1000pcs, die quote dari Rm2.30. Depends on design, and they can cater according to ur budget. Ada jugak hardcover less than RM2, tapi xcantek.. Huhu. Price die semuanya include envelope. And no hidden charge da. Haha. Macam kalau nak print untuk both side in 1 card, kene tambah wang lagi ke, untuk artwork kene charge lagi ke, semuanya da include dalam harga yang die quote tuh. PR service sangat bagus. Can check here: Classic Vision

Kan I cakap, i nak cari pelamin decorater kan. Tak berapa banyak pilihan dan mahal jugak. Ada yang murah. Dari RM650 untuk artificial. Cuma tambah RM150 aje lagi untuk fresh flowers. So I put them in my list. Nak survey area Seremban dulu. Sebab kalau boleh, nak minima-kan transportation charges tuh. Hehe. Ada yang quote RM800 semata untuk transportation charges. WTH. Macam dah boleh sponsor pelamin untuk orang lain pulak. Haha.

Lepas tuh, I jumpa LovaCinta. MashaAllah… cantek sangat make-up2 die. Harga pun within my budget. I memang tertarik betul la. Terus tanya date sekian-sekian masih free ke tak. Sobs, sedih dah ade orang booked die. Terus rasa macam nak tukar date. Haha. But no,no,no,no.. Sigh..

Then, I jumpa ini: 99 Nama Allah. Hardcover. Kecil comel. Warna pelbagai. Free emboss nama pengantin. Harga untuk 1000pcs above, RM2.50. Kalau 500pcs above, RM2.80. Below than that, I tak sure. Boleh lawat mereka di:

Lot 3.29, Tkt 3, Pertama Complex
Jalan TAR.

Simple deco dengan ribbon atau letak dalam uncang organza pon dah lawa. Optional untuk Yasin as doorgift. Kerna terpikat, i beli satu. RM5. Hihi.

Photographer package pun ramai. Senang kalau datang PP, boleh terus tengok mereka punye finishing product. Ada yang menarek, ada yang none ado. Haha. Boleh nego harga lagi. Tapi, rata-rata harga RM1k atas. Sebab provide custom-made album. Hihi.

Maaf, terlewat betul update tentang ini. Sebok sebabnya, hari sabtu, 2 jemputan wedding, hari ahad, hari saya dirisik!!! haha. Debar-debar, panic tak henggat. Semuanya jadi tak tentu arah. Haish.. Will save the story untuk saya sahaja. Tettt. Hihi. Okla, tunjuk bekas cincin je aci tak? Heh. Okla, okla. Tunjuk sebelah tangan.


Tihihi. Maaf yer. Jangan ngamuk. Hehe. Kan i da bitau, i pemalu orangnyer. Hehe.
Peace!

 

Lagi Pameran Pengantin – Mac 2010 March 6, 2010

Filed under: pameran pengantin,random — nurathiah84 @ 3:00 PM

Worth or not to go?
So far, yang saya tahu vendor yang join dari Dina Halim dan Arjuna Cipta.

Date: 12 – 14 Mac 2010
Venue: Level 4, PWTC

12hb je free.
Kalau pergi, mahu cari vendor untuk:

– Cupcakes for doorgift
– Photographer
– Mini pelamin untuk hari tunang

Apa lagi yer?

Duh, pening dan kecewa. Parents mahu awalkan hari pertunangan. Sigh. Saya seboleh-bolehnya nak elak hari cuti sekolah. Tapi, apakan daya, ramai makcik-makcik cikgu sekolah. Sedih sangat. =,( Most of my fav vendors dah penuh pada hari itu. Down giller.