..all about her preps to become a bride…

Update tentang PP 2010 March 15, 2010

Filed under: pameran pengantin — nurathiah84 @ 4:36 AM

Ya Ampun!! Lambat betul nak update tentang ni. Niatnye nak share dengan semua, tapi tak sempat nak update. Sob2. Takpela, kite cerita-cerita jela kat sini yer.

Petang Jumaat I jejak PWTC. Ya Ampun!! Ramai giler orang ke Matta Fair. Tapi I terus ke PP, level 4. Tak berapa ramai orang. Jadi, senang untuk berdiskusi dan mereka pon semangat untuk terang itu ini.

Booth pertama i lawat, booth kad kawen. Saje je tanya-tanya tentang hardcover. Haha.


Yang ini dari Vision Greetings – True Love . Harga yang paling kanan, dalam 1000pcs, die boleh kasi RM3++ sekeping. Cantek kadnyer. Pandang kali pertama terus jatuh cinta. Harga? Kite survey lagi la ye. =)


Yang ni pun dari Vision Greetings jugak. For 1000pcs, die quote RM4++ sebab besar. Hui, xmampu. haha.


Next, I jalan-jalan ke booth Dios Astana Bridal. Bekas tembaga ni, cuma RM6 sahaja. Clearance stock katanya. Normal price ialah RM28 untuk 30unit ke atas. Berbaloi2. Tapi, ialah RM6 untuk doorgift sahaja. Erk. Mahal jugak yer. Tihihi.

Next, pelamin cantek ni dari DinaHalim. Cantek sangat. Sesuai la untuk dewan yang besar kan. Contact DinaHalim untuk lebih lanjut. I adala simpan brochure dari DinaHalim.Tapi, harga untuk masa exhibition ajela. Hehe. Tak boleh nak letak sini, takut team DinaHalim marah sat lagi. Hehe.
Ini dari Rita Collections. Baju-baju cantek. Banyak kebaya style indo-indo sane. Pelamin ni actually 3 panel. Tapi, camera i tak mampu nak capture penuh-penuh. Haha. Ambil serpih2 jela. Kalau ambil pakej agak murah dari ambil pelamin sahaja. Tapi, sofa 3-seater untuk pelamin? Macam tak sesuai ek.

Ini cantek. Dan banyak-banyak booth, ini yang paling murah untuk hardcover card. For 1000pcs, die quote dari Rm2.30. Depends on design, and they can cater according to ur budget. Ada jugak hardcover less than RM2, tapi xcantek.. Huhu. Price die semuanya include envelope. And no hidden charge da. Haha. Macam kalau nak print untuk both side in 1 card, kene tambah wang lagi ke, untuk artwork kene charge lagi ke, semuanya da include dalam harga yang die quote tuh. PR service sangat bagus. Can check here: Classic Vision

Kan I cakap, i nak cari pelamin decorater kan. Tak berapa banyak pilihan dan mahal jugak. Ada yang murah. Dari RM650 untuk artificial. Cuma tambah RM150 aje lagi untuk fresh flowers. So I put them in my list. Nak survey area Seremban dulu. Sebab kalau boleh, nak minima-kan transportation charges tuh. Hehe. Ada yang quote RM800 semata untuk transportation charges. WTH. Macam dah boleh sponsor pelamin untuk orang lain pulak. Haha.

Lepas tuh, I jumpa LovaCinta. MashaAllah… cantek sangat make-up2 die. Harga pun within my budget. I memang tertarik betul la. Terus tanya date sekian-sekian masih free ke tak. Sobs, sedih dah ade orang booked die. Terus rasa macam nak tukar date. Haha. But no,no,no,no.. Sigh..

Then, I jumpa ini: 99 Nama Allah. Hardcover. Kecil comel. Warna pelbagai. Free emboss nama pengantin. Harga untuk 1000pcs above, RM2.50. Kalau 500pcs above, RM2.80. Below than that, I tak sure. Boleh lawat mereka di:

Lot 3.29, Tkt 3, Pertama Complex
Jalan TAR.

Simple deco dengan ribbon atau letak dalam uncang organza pon dah lawa. Optional untuk Yasin as doorgift. Kerna terpikat, i beli satu. RM5. Hihi.

Photographer package pun ramai. Senang kalau datang PP, boleh terus tengok mereka punye finishing product. Ada yang menarek, ada yang none ado. Haha. Boleh nego harga lagi. Tapi, rata-rata harga RM1k atas. Sebab provide custom-made album. Hihi.

Maaf, terlewat betul update tentang ini. Sebok sebabnya, hari sabtu, 2 jemputan wedding, hari ahad, hari saya dirisik!!! haha. Debar-debar, panic tak henggat. Semuanya jadi tak tentu arah. Haish.. Will save the story untuk saya sahaja. Tettt. Hihi. Okla, tunjuk bekas cincin je aci tak? Heh. Okla, okla. Tunjuk sebelah tangan.


Tihihi. Maaf yer. Jangan ngamuk. Hehe. Kan i da bitau, i pemalu orangnyer. Hehe.
Peace!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s