..all about her preps to become a bride…

Tentang perjalanan majlis June 15, 2010

Filed under: My Engagement — nurathiah84 @ 3:11 AM
A day before was a hectic. Terlalu banyak kerja-kerja last minute nak saya settle sendirian. Being the only daughter in the family, i don’t have sister(s) to accompany me to do the preparations. Semua with my dear mom. Hence, nak pick-up bunga, pick-up cake, pick-up sireh, beli buah, semuanya di bahu saya. Penat tok sah cerita. Adik-adik saya pon sibuk. They have to pick-up doorgift, pick-up cousins, tunjuk direction to hotel, so sama, kena jadi runner jugak. Haha.
Sampai kedai nak tutup, saya masih berkejar-kejar ke sana ke mari. Sebabnya, banyak benda tak cukup lagi. Like bekas untuk letak span basah tuh. Serius tak teringat langsung, sebabnya i was thinking to wrap it with aluminium foil sahaja. But, my auntie kata nanti bocor. So nak tak nak, terpaksa ajak my cousin drive pusing area rumah cari bekas span basah itu. Cuma dapat 2 bekas sahaja. Redha.
Pulang ke rumah, terus mengadap hantaran pula. I’m using fresh flowers, jadi nak tak nak, malam sebelum hari majlis adalah ‘hari terbaik’ untuk mengubah, i guess. Hoho. Jadi, serah kepada auntie-auntie. They were responsible to arrange flowers sahaja. Sebab semuanya I dah deco a week before. Even dah delegate tasks, saya masih nak tengok hasil kerja mereka. Risau tak menepati citarasa. Hoho.
Pukul 4 pagi, baru saya melangkah masuk ke bilik tido. Tapi, tidur pon tak lena. Banyak benda yang saya fikir. lebih kurang pukul 7 mcm tu saya dah bangun. Adik-adik saya tidur. Jadi, saya terpaksa pergi pick-up nasi lemak yang diorder oleh my mom untuk breakfast buat semua.
Tentang makan, memang tak lalu. Hari sebelumnya pun, saya cuma makan nasi tengahari tu sekali sahaja. Hari majlis, saya cuma makan nasi lemak separuh pinggan sahaja. Tak lalu i tell u.
Huhu.
Pukul 11 saya mandi lagi sekali lagi. Dan tunggu makeup artist saya datang. My bestfriends 2 orang dah sampai. Dan terus I kasi kerja tolong gubah centerpiece. I tunjuk contoh satu, the rest, i serahkan pada mereka. Alhamdulillah, saya suka outcomenya. Hehe.
Dalam pukul 11 lebih, makeup artist saya datang. Awal. Bagus. Sebabnya sebelum ni, she told me that she will arrive here around 12pm. Terawal sikit. Start dah makeup, saya dah redha semua sahaja yang berlaku kat bawah. Saya dah tak nak ambil tahu apa terjadi kat bawah. Carpet dah susun ke belum, caterer dah susun glass ke belum, rumah dah vacuum ke belum, saya dah tak mahu ambil pusing! Haha. Saya redha seredha-redha nya apa sahaja yang akan berlaku.
Saya cuma enjoy muka saya diconteng sana sini. Sikit pun saya tak toleh di cermin. Sekali lagi, saya redha. Dan hasilnya, taraaa:

Saya suka amat!
*pic dari camera adik saya*
Nanti kita review pasal makeup pula ya! =)) Ok, sambung cerita debar pula. Hoho
Dalam hati, i dah start makeup, where’s my photographer. Tertanya-tanya dalam hati. Lantas, i beritahu pada cousin i, suh mintak dia cari adik i and please cover for my makeup. And Amlhadulillah, part of the process, adik i cover. Tapi, tak lama pun, photographer pun dah sampai. Alhamdulillah.
Saya amat suka cara mereka bekerja. Later, kita review tentang photographer pula ok. =) They deserve my credit here. =))
Lepas makeup, i dah tak turun-turun, sesi bergambar dalam bilik sahaja. Sesi simpan perasaan debar dalam bilik. Thanks to my dear bestfriends yang teman i dalam bilik. I practise how to hulur tangan, how to walk, how to sit, semuanya, dalam bilik. Haha.
Then, suddenly, adik i terima call, beritahu rombongan lelaki is on their way dah! I was like, oh my, oh my, oh my.. Seram sejuk dibuatnya. Serius, berdebar sangat-sangat. Nak attend interview pon I relax aja. Haha.
So, I just left with my bestfriends in my room. My dayang-dayang tak siap lagi. My aunties pon tak siap lagi. Dalam hati, dah, i tak nak fikir dah. I cuma selawat tak henti-henti, mohon semuanya selamat. Dayang-dayang was supposedly to receive the gifts from his side untuk dibawa masuk ke dalam rumah. That’s why I rasa sangat berdebar sebab mereka tak siap makeup lagi. Sekali lagi, i redha apa sahaja yang akan berlaku. I know, there will be someone yang akan take care situation itu. Haha.
Then, I tak pasti pukul berapa, my mom and my auntie-auntie naik mintak i turun. Gulp. Blur. My dayang-dayang da get ready with hantaran from my side. They were awesome. They waited for me and after dah nampak i kat belakang mereka, mereka turun one by one and followed by me yang last. My mom pimpin tangan I dan bawa I turun dan duduk dengar sekali perbincangan.
Dalam hati, eyh, bukan ke i tak boleh dengar perbincangan ni. Haha. Tapi, maybe adat belah Johor, dia nak tengok gadisnya yang mana satu. Dah dengar perbincangan, tepat jam 2.45pm, i dipanggil untuk disarung cincin. My auntie yang sulung, bring me to pelamin. Tunduk malu, adjust badan secomfortable yang boleh. Haha.
Then, his mom brought his nenek to mini pelamin untuk sesi sarung cincin. Nenek dia mintak tangan, baru i hulur. Hahaha. Malu weih, tok sah cerita. Segan nak tengok orang sekeliling. I cuma tunduk sahaja. I cuma tengok camera terlalu banyak snap-snap kami kat atas pelamin itu. Lepas tuh, i turun dan salam dengan semua tetamu perempuan yang datang. Ucapan tahniah dan sesi berkenalan dengan pihak sebelah lelaki. his mom yang kenalkan, ini maklong, ini makngah, ini maksu and the list goes on..
Lepas tuh.. sesi makan dan sesi bergambar. Hehe.
Panjang sudah. I have to stop here.
Satu sahaja, Alhamdulillah, semuanya lancar dan harap ke stage seterusnya.
InsyaAllah.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s