..all about her preps to become a bride…

Ke Famista Trading April 2, 2010

Filed under: bedroom,engagement — nurathiah84 @ 5:19 PM
Lepas baca entry NahWaL, episod Famista Trading, terus hati meronta-ronta mahu terjah ke sana. Sebenarnya, memang udah lama niat ke Famista, cuma bile memikirkan tentang kos pengangkutan, hati sedikit berat. Jadi, survey sahaja di Seremban. Keluar masuk kedai, keluar masuk kedai, tengok-tengok aja. Hati tak terbuka. So, still pending.. Hee.

Belek-belek majalah Pengantin, dah mula hati berkenan pada bedroom set warna putih ditawarkan oleh Famista Trading dengan harga sungguh la murah..! Percuma tilam katanya. Terus tunjuk pada mama. Dan mama pun sama teruja mahu terjah. Pancing mengena. Tihihi.

Jadi, hari ini, kami ke Klang menerjah Famista Trading. Sesat-sesat tak nampak mana Famista Trading. Hehe. Jadi bermula la sesi melihat-lihat bedroom set. Banyak juga display set. Lihat dari katalog pun sangat best. So, we told our budget dan die tunjuk ini, ini, ini …

Dan menjadi saya yang sedikit cerewet, saya mahu katil yang begini tapi almari tak suka la set ini. Mintak nak tukar dengan set yang lain. Nasib die mahu melayan kerenah saya. Siap mahu design sendiri ukiran pada pintu wardrobe. Over tau I ni! Mahu begini begini, begitu begitu. Ok, nasib En.Abbas mahu melayan kerenah saya. Hehe.

Dan, apa yang dipaparkan pada majalah pengantin, itulah harganya. Sedikit pon tidak dinaikkan. Dan benar, percuma tilam yang berharga almost 1k. Percuma bantal lagi. 3 biji tau percuma. Lagi, diberi percuma side table. Humaihaih, tanpa tambah apa-apa, banyaknya barang percuma! Suka amat!!

Dan paling suka, bila tanya kos pengangkutan ke Seremban berapa. Dijawabnya RM80. Oh my, sungguh tak sangka diberi dengan harga itu! So, alert wahai B2B di Seremban. Tak mahal pon transportation charge nya! Hehe. Nak bawak pelamin pon orang charge RM200. Ada je yang charge sampai RM600 hanya untuk kos pengangkutan pelamin. Gilo!

Dan, mama cuba mintak kurangkan kos pengangkutan, mintak genapkan kepada RM50. Dan En. Abbas setuju! Sungguh la I rasa berbaloi-baloi beli di Famista. Huehuehue. Sorry Nahwal, I quote your name. Hehe. No wonder macam-macam I dapat. Haha. Tapi, I tak beli katil macam nahwal, that 4-poster bed. Bilik i sekankang kera aje, kang ada yang tersepit di laluan. Huehuehue. Tak, I tak beli macam di bawah. Tak surprise la kan. Heh. Gambar sebagai hiasan semata.


Sumber: Google Image
 

Cake Toppers April 1, 2010

Filed under: cake — nurathiah84 @ 3:26 PM
Mesti pada setiap dari kamu mahu wedding cake di hari wedding kan. Upacara sesi potong cake. Hee. Some yang suka pada keunikkan atau mencari sesuatu yang luar biasa untuk ditonjolkan pada wedding cake, mesti mahu lari dari rupa yang biasa, tema bunga-bungaan. Bunga sebagai cake topper.

Alternatively, you can have this:


Bride’s and Groom’s first initial


Flowers


Dove

Arghh, sweetness! =)

Tapi, ini menjadi kesukaan saya!!! Hehehe


dari ..in a whiz

Mahu! Mahu! Mahu! Mahu! Mahu! Mahu!

Sopannyer si patung dara memakai tudung dan si patung teruna memakai baju melayu siap bertanjak. Hehe. Suke amattttt!!