..all about her preps to become a bride…

Jakarta: Part 3 February 22, 2010

Filed under: Jakarta,Tips,trip — nurathiah84 @ 2:27 PM

Done with Tanah Abang. Now, sambung Mayestik and Mangga Dua. Sekali gus terus. Haha.

Mayestik:

Dari Mellenium Hotel ke Mayestik, naik bluebird taxi je. Tambang pergi IDR32000 (dalam RM12). Tambang balik pulak IDR33000.

Sesiapa yang pergi Jakarta, niat nak beli kain kan, sila sila sila ke Mayestik. Banyak pilihan. Semua kedai jual textile. Naik rambang mata I. Sampai je, kaki jejak je Mayestik, waaaa… I bahagia betul. Haha. Tak banyak I keluar masuk kedai.

Dalam banyak-banyak, i suke Mumbay Textile. Zain beli kain kat Mumbay Textile tak silap. Rata-rata harga kat sana lebih kurang je cuma ada kedai yang kedekut tak nak kurangkan harga. PEdulik hape, I blah dan catat nama kedai. So, korang, jangan pergi De’ Majestic atau La Mode. Memang geleng-geleng tak nak kurang kan harga. Jadi, I blah masuk kedai lain.

Bila berjalan tengok kain dengan ayah dan adik lelaki, huish, tak sampai 30min kat sini dah tunjuk muka bosan. Adoii. Tak syok betul. Tak dapat I nak survey kedai belah-belah belakang. Banyak okay kedai kain kat sini. Memang suke sangattt!!

Last-last I settle kain kat RajaTex. Kedai tak besar sangat, tapi ok, ada banyak warna nak pilih. Pelbagai jenis kain. So okay la kan. Kang banyak-banyak, I pening plak. Haha.

Ok, lace yang kualiti bagus sikit dari lace tanah abang, die pamer harga IDR35000 semeter. I buat muka sedih, mintak kurang, cakap nak beli banyak-banyak nieh. Last-last, die kasi IDR24000 semeter (dalam RM9 semeter). Hurrey!

At first, I nak carik kain songket india tuh. Tapi, tak banyak choice pulak. Yang I shuke, dah tak cukup plak. So, beralih kepada shantung silk. Lepas tawar-menawar, die kasi IDR13500 semeter (dalam RM5 semeter). Die bilang ini harga paling murah dah. Takkan dapat kat kedai lain sekitarnye. I tak tahulah die bohong I ke hape. Hahaha.

Lepas tuh, chiffon polos, I dapat IDR8000 semeter (dalam RM3 semeter). Total-total semua, untuk bridesmaid I, I dapat below my budget. Sepasang baju bridesmaid bersamaan dengan RM32. Purata la. So, hooyehh!


Next time I datang Jakarta, I nak spend lame-lame kat sini. I suke sangat.. Better datang dengan mak or girlfriends. Tinggalkan adik lelaki anda atau ayah anda di hotel.. haha. Lelaki akan bosan ke sini sebab takde ape, cume kain saje. Haha.

Ada jugak kedai macam Bunga Riben tuh. Tapi, I tak masuk. Tengok dari luar je. Heh.

Tips: Korang kalau nak tawar, terus tawar dengan owner kedai die. Senang nak pujuk. Huhu.

Lupe plak, yang songket india tuh (Chup, I pon tak tau betul ke tak nama die songket india ke hape, i taram je ni), harga die IDR17000. Tawar-menawar, die kasi IDR15000 tak silap. Ke IDR12000 semeter. Antara dua tuh la harga nya.

Kat mayestik, I cube cari chiffon beaded, tapi tak de la. Tak glamor kot kain ni kat sana. Chiffon polos ade.

Mangga Dua:

Besar giller mangga dua nieh. Jenuh I pusing. Tak banyak jumpa untuk barang kawen-kawen nieh. Keciwa. Yang ada kat sini banyak handbag tiruan tuhla. Berlambak-lambak. Kalau die da letak harga IDR50000, meaning itu udah harga pas (ideal). Dah tak boleh kurang. Huhu

Kasut pon banyak. Comel-comel. Time nak tutup, diorang kasi lelong 3 pasang die kasi IDR100k. Rambang mata I. haha.

Kat sini I cuma beli t-shirt Jakarta tuh jela. IDR50k untuk 3 pasang. Lepas tuh, kat sini souvenirs yang macam dompet batik tuh, lagi murah la compare to Tanah Abang.

I cube cari Kikie Bridal tuh, tapi tak jumpa la. Haish. So,sesapa nak pergi, make sure cari info dulu yer. Kedai Kartu undangan pon I tak jumpa. Sedih giller. Mungkin tak cukup masa kat sini, sebab I datang da lewat jugak. Jadi, lalu depan kedai tengok-tengok macam tuh je. Heh.

Sepanjang I kat Jakarta, I tak sempat nak pergi Pasar Tebet. Kat sini dikhabarkan banyak kartu undangan. So, sesapa nak pergi Jakarta, sila review pasal Pasar Tebet ok.

Owh, lupe, from MH to Mangga Dua, naik bluebird jugak, cost nyer IDR32000. Balik kene IDR38000. Trafik sesak. Huhu.


Tips: Kalau tak nak bayar mahal, sila keluar dari Mall cepat-cepat, sebelom pukul 430ptg. Hee.

I ingat sempatla nak jejak bandung sekali. Sebab jarak perjalanan cuma 2 jam je. Hotel can arrange transportation to bandung. Cube-cube la u tanye orang hotel. Atau call Pak Agus: 0813.170000.105

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s