..all about her preps to become a bride…

Jakarta: Part 3 February 22, 2010

Filed under: Jakarta,Tips,trip — nurathiah84 @ 2:27 PM

Done with Tanah Abang. Now, sambung Mayestik and Mangga Dua. Sekali gus terus. Haha.

Mayestik:

Dari Mellenium Hotel ke Mayestik, naik bluebird taxi je. Tambang pergi IDR32000 (dalam RM12). Tambang balik pulak IDR33000.

Sesiapa yang pergi Jakarta, niat nak beli kain kan, sila sila sila ke Mayestik. Banyak pilihan. Semua kedai jual textile. Naik rambang mata I. Sampai je, kaki jejak je Mayestik, waaaa… I bahagia betul. Haha. Tak banyak I keluar masuk kedai.

Dalam banyak-banyak, i suke Mumbay Textile. Zain beli kain kat Mumbay Textile tak silap. Rata-rata harga kat sana lebih kurang je cuma ada kedai yang kedekut tak nak kurangkan harga. PEdulik hape, I blah dan catat nama kedai. So, korang, jangan pergi De’ Majestic atau La Mode. Memang geleng-geleng tak nak kurang kan harga. Jadi, I blah masuk kedai lain.

Bila berjalan tengok kain dengan ayah dan adik lelaki, huish, tak sampai 30min kat sini dah tunjuk muka bosan. Adoii. Tak syok betul. Tak dapat I nak survey kedai belah-belah belakang. Banyak okay kedai kain kat sini. Memang suke sangattt!!

Last-last I settle kain kat RajaTex. Kedai tak besar sangat, tapi ok, ada banyak warna nak pilih. Pelbagai jenis kain. So okay la kan. Kang banyak-banyak, I pening plak. Haha.

Ok, lace yang kualiti bagus sikit dari lace tanah abang, die pamer harga IDR35000 semeter. I buat muka sedih, mintak kurang, cakap nak beli banyak-banyak nieh. Last-last, die kasi IDR24000 semeter (dalam RM9 semeter). Hurrey!

At first, I nak carik kain songket india tuh. Tapi, tak banyak choice pulak. Yang I shuke, dah tak cukup plak. So, beralih kepada shantung silk. Lepas tawar-menawar, die kasi IDR13500 semeter (dalam RM5 semeter). Die bilang ini harga paling murah dah. Takkan dapat kat kedai lain sekitarnye. I tak tahulah die bohong I ke hape. Hahaha.

Lepas tuh, chiffon polos, I dapat IDR8000 semeter (dalam RM3 semeter). Total-total semua, untuk bridesmaid I, I dapat below my budget. Sepasang baju bridesmaid bersamaan dengan RM32. Purata la. So, hooyehh!


Next time I datang Jakarta, I nak spend lame-lame kat sini. I suke sangat.. Better datang dengan mak or girlfriends. Tinggalkan adik lelaki anda atau ayah anda di hotel.. haha. Lelaki akan bosan ke sini sebab takde ape, cume kain saje. Haha.

Ada jugak kedai macam Bunga Riben tuh. Tapi, I tak masuk. Tengok dari luar je. Heh.

Tips: Korang kalau nak tawar, terus tawar dengan owner kedai die. Senang nak pujuk. Huhu.

Lupe plak, yang songket india tuh (Chup, I pon tak tau betul ke tak nama die songket india ke hape, i taram je ni), harga die IDR17000. Tawar-menawar, die kasi IDR15000 tak silap. Ke IDR12000 semeter. Antara dua tuh la harga nya.

Kat mayestik, I cube cari chiffon beaded, tapi tak de la. Tak glamor kot kain ni kat sana. Chiffon polos ade.

Mangga Dua:

Besar giller mangga dua nieh. Jenuh I pusing. Tak banyak jumpa untuk barang kawen-kawen nieh. Keciwa. Yang ada kat sini banyak handbag tiruan tuhla. Berlambak-lambak. Kalau die da letak harga IDR50000, meaning itu udah harga pas (ideal). Dah tak boleh kurang. Huhu

Kasut pon banyak. Comel-comel. Time nak tutup, diorang kasi lelong 3 pasang die kasi IDR100k. Rambang mata I. haha.

Kat sini I cuma beli t-shirt Jakarta tuh jela. IDR50k untuk 3 pasang. Lepas tuh, kat sini souvenirs yang macam dompet batik tuh, lagi murah la compare to Tanah Abang.

I cube cari Kikie Bridal tuh, tapi tak jumpa la. Haish. So,sesapa nak pergi, make sure cari info dulu yer. Kedai Kartu undangan pon I tak jumpa. Sedih giller. Mungkin tak cukup masa kat sini, sebab I datang da lewat jugak. Jadi, lalu depan kedai tengok-tengok macam tuh je. Heh.

Sepanjang I kat Jakarta, I tak sempat nak pergi Pasar Tebet. Kat sini dikhabarkan banyak kartu undangan. So, sesapa nak pergi Jakarta, sila review pasal Pasar Tebet ok.

Owh, lupe, from MH to Mangga Dua, naik bluebird jugak, cost nyer IDR32000. Balik kene IDR38000. Trafik sesak. Huhu.


Tips: Kalau tak nak bayar mahal, sila keluar dari Mall cepat-cepat, sebelom pukul 430ptg. Hee.

I ingat sempatla nak jejak bandung sekali. Sebab jarak perjalanan cuma 2 jam je. Hotel can arrange transportation to bandung. Cube-cube la u tanye orang hotel. Atau call Pak Agus: 0813.170000.105

 

Jakrta: Part 2

Filed under: Jakarta,Tips,trip — nurathiah84 @ 6:14 AM
Kite cerita pasal Tanah Abang la plak k. Hee.

Tanah Abang sangat besarrr. 10tingkat ok. kedai nyer kecik-kecik. sempit. i pergi hari bekerja, so xramai sangat org. ramai jugak tp takdela sampai berhimpit. kalau weekend, u can expect the crowd macam mane la

Tips: Kalau ade banyak cuti, elakkan hari minggu. hee.

Tak payah membazir masa dok tawaf setiap satu tingkat. I punyer la tawaf dari tingkat 7 sampai ke basement semata nak tengok what they offer for each floor. Gigih ok. Tingkat 8 ade foodcourt. Besar dan bersih. I cuma beli dessert je. Sebab dah penuhkan perut time breakfast. So, kalau ur hotel ade provide breakfast, makan kenyang2. Takkan rasa lapar sehingga pulang ke hotel. I macam xpe tak makan pon, asalkan dapat tawaf TA tu. ahaha. Tapi, sebab datang dengan parents, kena banyak bersabar.. Memang pelancong habislah.Marathon shopping tak wujud la.

Kalau sampai TA, terus turun pergi Lantai B1 and B2. Basement floor. Lantai ni baru heaven. Basement ni banyak jual telekung sulam-sulam, kebaya and kurung sulam, lace, n kain ela.

Telekung kat sini kene survey harga elok-elok. Sebab ada yang bukak harga tinggi. Banyak jugak kedai telekung yang I dok survey, bile da jumpe harga yang menawan, ok terus ngaku kalah dan borong terus. Telekung sulam, paling murah I boleh dapat, IDR85k. Kedai lain, rata-rata kasi IDR120k ke atas. Ini, I beli untuk kasi gift kat makcik-makcik. Kalau yang nak kasi untuk hantaran, harga dalam IDR200k dah boleh dapat yang cantek sangat. Ada jugak yang mahal, sampai IDR800k, tapi sulam die berat. Bile sarung, rasa berat kain tuh. Hehe.

Tips: Kalau nak beli telekung, make sure bukak satu-satu. Sebab ada yang kainnya pendek. So, better bukak dulu dan ukur tang tu jugak. Memang xde fitting room ke hape. Huhu.

Next, kebaya sulam. Sungguh banyak. Dan rata-rata kasi harga IDR130k sepasang. Ni set kebaya yang belum jahit lagi la. Kain yang jenis sutera tuh. Cantek dan murah. Harga disebut belum nego lagi. Ada yang kasi IDR100k. So, survey banyak-banyak. Tapi, memang da murah sangat la tuh compared kat sini. Kalau u kaki bisnes, borong dalam 10helai, balik jual kat Malaysia, dah boleh cover untuk hotel kot. Heh.

Kat TA ni ade jugak jual baju ala kaftan. Murah. IDR150k (Belum nego). So, kalau agak nak sponsor baju untuk dayang-dayang ala kaftan, boleh la beli siap kat sini. Diorang pon boleh jahitkan ikut colour ape kite nak. Cantek.Macam Innai Design. I da berfikir-fikir nak belikan untuk bridesmaid. haha. Tapi, kena mintak persetujuan dari mereka semua la. Kat sana, diorang panggil Longdress. I amek satu je gambar, takut kene marah. Haha. Actually, banyak lagi design, dengan manik-manik. I suke. =)

Lace, I rase better pergi beli kat Mayestik. Next entry, I cerita pasal Mayestik ok. Lace kat TA lebih kurang je kat Mayestik. Tapi, kat TA susah nak nego giller-giller. Maybe skill I tak bagus sangat. Lagipon, kat TA, kedai kecik-kecik. So macam tak selesa nak pilih-pilih dan tak banyak pilihan. Ade jugak I beli lace kat TA. Bukan french lace la. Lace yang murahan aje. haha. Saje nak pakai untuk ke kenduri kawen. 1 meter, lace murahan ni IDR25k. Satin silk tuh IDR8k. So, total satu pasang baju, lepas nego-nego, I dapat IDR60k sepasang. I beli 3 pasang. Convert duit kite, tak sampai RM25 sepasang. Ini lace murahan la. Lace yang cantek sikit, lebih lembut, jatuh elok je, IDR35k semeter. Kat TA, susah nak nego untuk lace. Sebab rata-rata memang letak lace IDR35k semeter untuk kualiti lebih lembut tuh. Tapi ni da ok, sebab ade lace kat Jakel, keras bukan main. Yang ni, even, xsampai RM25 pon, dah cantek dan lembut. =)


Lace dah. Souvenirs plak. Kalau macam ade nak kasi goodies bag, boleh la beli dompet batik tuh ke, dompet songket china tuh pon ade, kipas batik, compact mirror, macam-macam la. Memang murah. Price range from IDR50k – IDR100k untuk quantity 50 – 100. Bisa tawar lagi ya. Yang IDR100k, boleh tawar sampai IDR75k. I beli dompet batik and keychain je. Dompet ni IDR50k untuk 50pcs. So satu dompet, dalam RM0.40. Tapi, kat Mangga Dua lagi murah mende-mende nieh. Kalau nak beli jugak kat TA, cakap je, semalam saya pergi Mangga Dua, die kasi IDR50k je. So, nanti orang tuh akan tawar murah sikitla. Haha.

Langsir pon ade kat sini. I saje-saje tanya, kain organza yang ada sulam tampal tuh, IDR35k. Harga belum nego lagi. Boleh jugak tempah jahit kat sini. Siap dalam 2 hari. I tak ingat langsir kat Nilai yang kain organza berapa ringgit semeter. Kalau tak boleh i komen murah ke mahal. Heh.

Men’s t-shirt pon murah. Lagi murah kalau beli in-bulk. Macam t-shirt kenangan dari Jakarta tuh, IDR50k untuk 3 helai. Beli dalam bangunan. Kualiti pon bagus. Kalau beli kat luar bangunan, die cekik betul-betul. IDR25k sehelai. 5 helai pon mintak IDR110k. Mahal. Jangan tertipu. T-shirt kenangan Jakarta ni ada kat lantai 6. Otherwise, better pergi Mangga Dua je beli. Senang, terus letak tanda harga. So, tak tertipu. Heh.

Tips: Make sure bukak plastic satu-satu, sebab ade yang saiz kecik untuk budak. Check dulu yer t-shirt tuh.

Kat luar bangunan TA, ada macam pasar. Tengah jalan2, jumper rozet dari kristal. Da siap pin da pon. Cantek. IDR1500 satu, if convert to RM, dalam RM0.55sen satu. Beli banyak dapat murah lagi. Hee. Buatannyer pon kemas. Tak longgar ke ape. Menyesal I tak beli. Eyh, kalau ade sesape nak pergi TA, I nak pesan ni. =) Ada macam-macam warna. Kalau takde tema lagi, beli je crystal clear nieh. senang nak match dengan semua colour. Lepas tuh, boleh turunkan dekat sepupu-sepupu yang lain.


Ok, cukup da pasal Tanah Abang. Kesimpulannya, kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak TA is the best. Lepas tuh, kalau nak beli barang kelengkapan untuk kawen-kawen, terus turun lantai basement. Jangan bazir masa macam I. Haha.
Ok, next entry, pasal Mayestik and Mangga Dua.
 

Jakarta: Part 1 February 20, 2010

Filed under: Jakarta,Tips,trip — nurathiah84 @ 4:57 PM
Cheyh. Macam nak buat berpart-part entry pasal Jakarta. Huhu. I cubalah share seberapa banyak info to readers. Tihihi.
Firstly, hotel. We stayed at Millenium Hotel, Sirih, Jakarta. Rate IDR505k per night. At first, I nak stay kat Ibis Mangga Dua, tapi da fully booked. Tapi, rate tak beza banyakla, MH cheaper by IDR15ribu per nite compared to Ibis Mangga Dua. Hotel bagus, food was good, mix of local, international and japanese. Bluebird taxi senang je nak dapat. Inform je org hotel, die terus panggil bluebird taxi without additional charge. Ada free shuttle to Java Mall. So, jimat nak makan-makan kat luar sebab tak perlu keluarkan duit tambang. Free shuttle, gune aje. Haha.

Tips:
  • Better to book hotel earlier if possible, sebab dari blog Diah, online rate untuk Ibis Mangga Dua is IDR440k.
  • Kalau tak dapat book online, takpe, sampai je airport, terus beli hotel voucher. I beli dari Kaha Travel Agency. I lupe nak snap pic. Tapi, takpe, ingat je KAHA. Terus pergi kat booth die. According to my uncle, beli voucher kat KAHA ni bagus sikit dari yang lain. Murah sikit.
  • Usaha jugak untuk beli voucher kat airport. Sebab kalau walk-in memang mahal. Macam Millenium Hotel, kalau i walk-in, rate is USD90 per nite. If beli kat Kaha ni, USD90 tuh dah same dengan 2 malam. So, imagine, da banyak u boleh jimat.
  • Sediakan duit kecil macam IDR1000 or IDR2000. Sebab, Indonesian amalkan pemberian tips. So kat airport, orang yang tolong kite angkat beg, die akan mintak tips. So takkan nak bagi IDR100k kot. Haha. Jadi, tukar duit kecil cukup-cukup.
  • Sampai je kat airport, hati-hati. Sebab ramai yang approach kite suh naik kereta die. Die charge mahal. Tapi, bisa tawar. Tapi, kite nak tawar pon tak tahu berapa. So, better to arrange transportation dengan hotel. Or else, sebelom keluar dari airport tuh, tanya dulu polis bantuan, Bluebird taxi nak amek kat mana. Jadi, bila ada orang datang kat kita suh naik kereta die, cakap je, saudara dah tunggu. Kalau tak, memang ramai dok pressure-pressure kite. I terkena, memula die nak charge we all IDR270k. I terus cari information counter and asked, to Millenium Hotel selalunye taxi will charge berapa. Orang information counter tuh bagitau less than IDR150k. So, from there we nego. At that time, I tak tau lagi macam mana rupe Bluebird taxi. Haha. Boleh tak I lupe nak search ttg ni? So, ni bluebird taxi:
  • Banyak sangat taxi warna biru, jadi jangan tertipu yer. nak kenal, tengok kat depan tuh, die ade tulis BLUE BIRD GROUP. So, fahamla ni bluebird taxi. Huhu.

Tanah Abang sangat dekat dengan MH. 5 mins walking distance. 2 kali I ulang alik tawaf TA. Haha. Before check-out sempat lagi I jejak TA. Last minute shopping. Beli souvenirs untuk friends.

Overall, if u all nak spend banyak kat TA, MH is highly recommended. Tapi, tuhla, mahal sikit. But as for me, semuanya parents support, so i terima jela mane-mane nak tido. Somemore, da boleh jimat on transportation ke TA. Hee. Otherwise, bole refer to Elyina’s site. Hotel die pon dekat dengan TA. Jalan kaki aje. Polis bantuan banyak. So, tak perlu takut if tersesat ke ape. takkan sesat punye sebab TA plaza sangat besar dan sebijik situ je. I bermurah hati share pic TA plaza. Huhu.

Later, I review pasal TA plak ok. Esok ada kelas. Yerps, on Sunday u all. Kemalasan melanda. Sigh…
 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.