..all about her preps to become a bride…

Perihal kain nikah May 8, 2010

Filed under: engagement,hantaran,nikah — nurathiah84 @ 4:00 PM
Lama betul I tak update. tapi, i masih curi-curi masa lawat blog kamu-kamu sekalian, ya. Cuma ada yang sempat tinggalkan jejak, tau la Cik Belle menyinggah, yang tiada tinggalkan jejak, mungkin time tu i dikejar waktu. Hehe. Eyh, jangan pula berimaginasi rupa Cik Belle dikejar waktu. Hee. Eyh, melalut. Biasa dia!

Sebenarnya nak kongsi cerita sewaktu di Jakel. Ke Jakel KL 3 hari lepas. Kebetulan nak ke Gombak. Terus singgah Jakel KL alang-alang my other half berkursus di Ilsas. Hantaran masih tak complete lagi. Jadi, harusla mencari kain untuk nikah nanti. Jimat kos, katanya. Heh. Dalam kepala, dok fikir nak beli chiffon beaded or lace, nak lace or chiffon beaded. Colour dah pasti dah dalam hati, nak off-white.

Sampai-sampai di Jakel KL, eyh, eyh, macam nak tutup. Rupanya Jakel KL tutup kedai 8.30mlm. Saya tak pernah tau yang ada kedai di KL tutup jam 8.30 malam. Tapi, alang-alang da sampai, I pedulik hape, I tengok ada orang lagi kat dalam, I terus tarik other-half masuk. Terus menuju ke tingkat 3.


*sebagai gambar hiasan-google*

Terus ada SA tuju kat I and tanya I nak cari kain untuk apa. Laju-laju cakap, untuk nikah. Haha. Terus tarik i pergi tengok chiffon beaded. Bila die bukak aje kain, terus kepala I ligat fikir, ini nak buat design camne. Tak de lain, hanya kurung moden. So, i terus cakap, nak tengok lace pulak. Dia tanya budget I, I cakap, takde budget. Mana yang berkenan baru fikir. Huehue. Taktik sebenarnya. Nanti kalau die tau budget I, habislah dah tak boleh nego giller-giller. Sebab dia tau kite mampu bayar sekian-sekian figure. Jadi, better simpan diamkan budget dalam hati aje. Heh.

At first, dia bawak pergi tengok lace keras tuh yang set pengantin percuma baju lelaki tuh, yang rm280 satu set tuh kan. i mintak die tunjuk yang lain. then die tunjuk lain, harga pon up la sikit kan. masih tak berkenan, sebab still tak nampak ala french lace. Hohoho. Eyh, mesti, tak mampu beli french lace, beli ala french lace cukup. Haha. Then pegang lace, geleng, mintak die tunjuk range lain pulak. Then, die bukak satu lace ni. mata dah tak tengok lain dah, terus pegang kain, and soft aje. ok, checked. then, die padankan pulak dengan lining dari japanese satin. I mintak tuka lining satin crepe. Nasib die ikut cakap I. Ho-ho. Japanese satin kualiti tak berapa nak bagus sangat, nipis.. tak cantek la i tengok.. satin crepe nampak perkasa sikit. =) tau pon sebab designer baju tunang yang bitau. huehuehue.

Jadi, i lilit-lilit kat badan terus die cakap harga. I dengan muka selamba terus gunakan taktik Huda. Mintak terus harga Mak Andam. Hahahaha. Die terkejut, tanya I, awak mak andam ke? See, Huda, sama la Huda. Ntah-ntah orang yang sama. Heh. I geleng, I cakap, bukan.. mak andam saya suh datang sini. Hari tuh dah pergi cari kat cawangan Seremban, tapi takde la kak. Pergi Jakel pun sesak sangat dengan orang, tuh yang die suh datang Jakel KL. Die suruh saya mintak harga mak andam. Memang die akan tanya siapa mak andamnya. I bantai la sesapa pun bridal kat Seremban tuh. Ada dia tau? Haha.

Kesimpulannya, berjayalah I beli kain ala-french lace tuh dengan harga separuh dari harga asal. Serius, sangat murah dan other half senyum-senyum sebab way lower than his budget allocate for kain nikah. Tihihi. Terima kasih kerana bayarkan semuanya sekali yer awak~. Hehehe. Tapi, satu jekla yang tak berapa nak gembira, sebab impian other-half untuk pakai silver di hari nikah hampir tercapai. Yer, kain nikah ala french-lace tuh warna silver. Sedih giller rasa. Tapi takpe, saya punya banyak rancangan. HueHuehue.

Disebabkan ianya lace, I boleh pelbagaikan design. Dan masih, I boleh padankan dengan chiffon maybe. Lace, boleh buat patches if i tetibe tuka fikiran untuk pakai fully chiffon pulak. Dan lace, silver pulak tuh, boleh buat pergi wedding orang lain pulak nanti if tetiba i nak nikah attire warna putih jugak. so, tak de la membazir nanti if tetiba i tuka fikiran. HueHueHue.

I nak letak sneak preview sikit-sikit kain tuh, tapi other-half dah bawak balik ke Kuantan dan bila saya suruh die snap pic, die dah keluar jalan-jalan. Hurm. Nanti die dah send to me, i upload ok. Biasa aje kain tuh, no beading pon. Sebab I prefer the designer to be creative to put all the necessary beading dekat kain tuh nanti.

Tips:

  • Jangan malu untuk nego. Cuba aje gunakan taktik mak andam. SA siap suruh cakap senyap-senyap, nanti orang dengar. Heh
  • Jangan malu untuk mintak tukar lining kalau kita rasa tak berkenan. Diorang SA memang nak cepat je potong kain. Bukak mulut, speak for yourself. Haha. Apa melalut.
  • Datang time nak tutup-tutup pon bagus. Die terus kasi harga best deal punya. SA dah malas nak layan kerenah kite duk merengek mintak kurang. Ahaha. Tapi, kurang masa la untuk tinjau sane tinjau sini. Jumpa yang berkenan, dah tak mampu untuk tengok yang lain. Terus redha. Heh.
  • Tanya dia confirmkan betul-betul berapa meter untuk kain. Risau, sebab die nak kasi harga murah, die cuma potong 2m instead of 2.5m. Hati-hati. Cuma langkah berjaga-jaga.
  • Lilit jangan tak lilit. Takut bunga pada kain nanti, nampak besar di badan tak seperti kite tegok dengan mata kasar. Tak sesuai, nanti nampak berisi. No-no-no-no.
Sigh, cerita pasal kain pun jadi berjela. Sorry~
About these ads
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.